berita

Macam Dalam Movie, Lelaki Datang Selamatkan Kekasih Ketika Sedang Diiringi Polis Ke Penjara

September 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang wanita yang dalam tahanan pihak polis berjaya meloloskan diri dengan membonceng motosikal dipercayai teman lelakinya. Wanita dikenali sebagai Saidatina Aida Binti Sahabudin, berusia 23 tahun itu baru sahaja selesai sebutan kes di Mahkamah Raub bersama 11 lagi suspek yang lain. Dia berjaya meloloskan diri dengan bantuan teman lelakinya semasa anggota polis mengiringinya naik ke lori untuk di bawa ke penjara Ibu Pejabat Daerah Raub.

Datang motosikal dari arah belakang

Kejadian dipercayai berlaku pada 14 September 2020 sekitar jam 4.30 petang di Mahkamah Raub. Setelah sebutan kes selesai, anggota polis telah mengiringi kesemua 12 orang suspek untuk dibawa naik ke lori. Salah seorangnya adalah wanita iatu Saidatina Aida Binti Sahabudin.

Semasa pihak polis sedang memerhati suspek wanita itu menaiki lori, secara tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki motosikal dipercayai bangsa Melayu. Motosikal yang dinaiki adalah jenis Yamaha LC berwarna hitam datang dari arah belakang polis.

Suspek melompat ke atas motosikal

Individu lelaki itu berhenti di berhenti di tepi suspek wanita tadi secara mengejut sebelum suspek bertindak melompat ke atas motosikal. Penunggang motorsikal terus meluru laju meninggalkan perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Raub.

Anggota polis telah mengejar motorsikal itu tetapi terlepas dan terjatuh sehingga mendapat kecederaan di kedua tapak tangan. Suspek wanita berkenaan melarikan diri dalam keadaan kedua tangannya masih bergari.

Pihak polis bagaimanapun masih dalam operasi memburu kedua-dua individu ini.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×