berita

Makeup Intan Najuwa Dikritik Terlalu Tebal? Alha Alfa Bersuara – ‘Kelemahan Saya Bila Pengantin Pakai Eyelash Extension’

August 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Intan Najuwa

Jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa merupakan individu yang bertanggungjawab menata rias wajah pelakon, Intan Najuwa di hari pernikahannya, Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Rezeki, Tidak Kisah Bila-Bila’ – Intan Najuwa & Suami Tak Rancang Soal Zuriat

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000

Bagaimanapun, ada mulut-mulut nakal netizen yang mengkritik hasil tangan Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35.

Segelintir netizen menganggap solekan Intan pada majlis akad nikah dikatakan terlalu tebal dan berat.

Makeup tebal?

Intan Najuwa

Tampil menjawab kritikan tersebut, Alha berkata solekan pada wajah Intan kelihatan tebal disebabkan aktres berkenaan telah melakukan penyambungan bulu mata (eyelash extension).

Maaf ya semua jika anda (netizen) rasa makeup Intan itu berat dan sarat. Kelemahan saya apabila pengantin pakai eyelash extension (penyambungan bulu mata) siap sedia.

Saya tak salahkan pengantin, cuma orang luar akan salahkan saya, ‘kenapa bulu mata tebal? Intan makeup simple lagi cantik’.

Alha berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alha menjelaskan, dia hanya menggunakan kuantiti foundation yang sedikit untuk mendapatkan solekan yang natural.

Makeup nikah guna satu pump foundation sahaja kemudian dap-dap pakain span sampai hilang.

Sebab nak bagi natural, tapi sebabkan tak dapat ambil gambar dari cahaya natural (matahari) sebab hujan, jadi bila guna cahaya lampu, akan nampak tebalnya.  Tapi tidak mengapa, Intan gembira saya pun gembira.

Jumaat lalu, Intan selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga seorang usahawan iaitu Datuk Ahmad Asraf Asman, 39, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Johor.

Intan yang sah bergelar isteri hanya dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran berjumlah RM222,000.

Sumber: Instagram (Alha Alfa)

SKIP THIS AD ×