berita

Malaysia Negara Asia Tenggara Paling Banyak Download Video, Foto Lucah Kanak-Kanak

February 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebebasan internet memudahkan lagi seseorang itu untuk memperoleh video pornografi. Jika penggunaan internet tidak terkawal, kanak-kanak turut cenderung untuk terlibat dengan menonton video-video lucah ini.

Tambah mengejutkan lagi, menerusi The Star, Malaysia telah mencatatkan rekod hampir 20,000 alamat IP dalam memuat naik dan memuat turun gambar serta video lucah kanak-kanak. Hal ini membuatkan Malaysia mempunyai rekod yang tertinggi di dalam Asia Tenggara.

Kenali mangsa secara atas talian

Jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada si pelaku yang mereka berkawan secara atas talian turut dilaporkan meningkat dengan cepat. Hal ini disebabkan oleh kebiasaan ibu bapa di Malaysia tidak mengawasi penggunaan telefon bimbin oleh anak mereka. Lebih daripada 60% kanak-kanak direkodkan banyak menghabiskan masa menggunakan internet dan bersembang di alam maya.

Penolong Pesuruhjaya Polis Ong Chin Lan dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak berkata, berdasarkan data yang diberikan oleh polis Belanda yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2015, kira-kira 17,338 alamat IP dikesan terlibat dalam pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.

Banyak aplikasi menjadi platform si pelaku

Tambahnya lagi, data menunjukkan bahawa sebelum 2014, jumlah anggaran 60 kanak-kanak setahun telah diserang secara seksual oleh pelaku yang mereka kenali melalui internet. Jumlah itu terus meningkat kepada 184 pada tahun 2015 dan 183 pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017, jumlah terkumpul sehingga Mei 2017 adalah 117.

Kebiasaannya, lebih daripada 51% kanak-kanak yang berusia 13 hingga 15 tahun itu berkenalan dengan si pelaku melalui aplikasi seperti WeChat, Facebook, WhatsApp dan BeeTalk.

Mudah berjumpa dengan kenalan baru

Selain itu, berdasarkan siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun pada 2015, 91.6% daripadanya memiliki telefon bimbit sebelum umur 15 tahun manakala 88.5% lagi mempunyai Facebook atau akaun media sosial yang lain. Ia juga mendapati hanya 35.6% ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka di internet.

Di samping itu, trend zaman sekarang yang semakin membimbangkan kerana 60% kanak-kanak perempuan dan 40% kanak-kanak lelaki akan terus berjumpa dengan kenalan mereka yang mereka kenali melalui sosial media.

Sumber: The Star

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×