berita

‘Mama Cuai Dik Mama Lalai, Seminggu Dah Tak Masak Sebab Takut…’

March 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: FatinLyna

Menerusi perkongsian seorang ibu dikenali sebagai FatinLyna, di kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini di laman Facebook, tampil berkongsi tragedi ‘hitam’ yang menimpa anaknya yang masih kecil.

Tragedi yang berlaku, membuatkan dia berasa trauma dan takut jika kejadian seumpama ini berlaku sekali lagi. Tambahan pula, dia turut meluahkan rasa kesal dengan apa yang telah terjadi dan menyalahkan dirinya berikutan insiden tersebut.

Trauma dengan apa yang terjadi

Foto: FatinLyna

Difahamkan, anak kecilnya yang dikenali sebagai Muhammad Izny Haqq, terkena sup panas yang baru sahaja dihidangkan olehnya di atas meja. Sebelum ini, dia berulang kali menasihati orang lain supaya berhati-hati di dapur, lagi-lagi mereka yang mempunyai anak kecil. Namun, malang tidak berbau apabila perkara ini terkena kepada keluarganya sendiri.

Selesai masak makan malam, saya hidang lauk (sup) atas meja makan dan tutup tudung saji meja tu di ruang makan bukan di dapur. Settle semua mula ajar anak yg lain pdpr. Papanya mandi. Jadi adik Haqq ni main mainan dia tak jauh dari saya, belakang saya je mainnya terlalu pantas benda nak jadi. Entah macam mana dia tarik tudung saji tu lalu tumpah kuah sup yg baru je saya siap masak.

Jelasnya lagi, insiden yang terjadi berlaku begitu pantas walhal anaknya berada di belakangya ketika itu. Pada masa yang sama, wanita ini memohon doa daripada netizen supanya anaknya kembali sihat seperti sedia kala. Apa yang lebih menyedihkan, apabila anaknya mengalami alahan satu badan, dan sembab di bahagian muka sehari selepas insiden itu.

Mama cuai dik, mama lalai. Seminggu dah tak masak sebab takut campur 24 jam dia nak berdukung.
Esok Haqq kena cuci kali ke 4. Tahap lecur adalah tahap ke 2. Jika dalam masa 2 mnggu haqq tak sihat, maka akan dilakukan pembedahan pindahan kulit.

Tidak berakhir di situ, si ibu sempat berkongsi tips apa yang perlu dilakukan oleh orang sekeliling jika insiden seumpama ini berlaku. Jelasnya, mangsa perlu dijurus dengan air pada tempat lecur bagi mengelakkan daripada kesan lecuran itu bertambah.

Setiap hari setiap masa cakap kat haqq ‘mama mintak maaf dik, sebab mama adik sakit’  Allahu, dia baru 2 tahun dah kena hadap sakit ni.

Semoga cepat sembuh!

Sumber: FatinLyna via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?

SKIP THIS AD ×