berita

Individu Positif Covid-19 Di Kelantan Baru Pulang Bercuti Di Kundasang

September 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) telah mengesahkan seorang individu yang didapati positif Covid-19 merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah.

Menurut pengarah Dr Zaini Hussin, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisiko (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

48 kontak telah dikenal pasti

Menurutnya, kes ini membabitkan seorang lelaki, warganegara Malaysia berusia 49 tahun yang mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 Sept lalu. Justeru itu, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

Kes tidak mempunyai gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23 September (semalam). Kontak-kontak ini adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangkitan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

Tambah beliau lagi, sebanyak 161 kes disahkan Covid-19 dikesan di negeri ini termasuk tiga kematian sehingga 24 Sept.

Situasi semasa Covid-19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 147 kes baru Covid-19.

Sumber : Malaysia Kini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×