berita

‘Masa Tu Saya Tengah Marah’ – Luahan Dapat Pelbagai Reaksi Netizen, Ini Respon Sharnaaz

September 19th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang sedih dan marah kerana kejadian ini terlalu kejam sehingga mengorbankan 23 nyawa.

Di instagram, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik status mohon pesalah diseksa di khalayak ramai sehingga mati jika benar ada unsur jenayah. Status itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dan ini jawapan Sharnaaz.

‘Pesalah diseksa di khalayak ramai sampai mati’

Kami berhak diatas tuntutan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam..

Sharnaaz menerusi status di instagramnya memohon pesalah-pesalah ini diseksa di khalayak ramai sehingga mati jika benar wujudnya unsur jenayah dalam tragedi kebakaran tahfiz. Menurutnya lagi, rakyat Malaysia berhak di atas tuntutan ini kerana saudara seagama telah dibunuh dengan kejam.

Komen netizen

Ramai yang bersetuju dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan Sharnaaz, menganggap perkara seperti itu tidak sesuai dikongsi kepada umum.

Masa tu saya tengah marah – Sharnaaz

Menurut laporan mStar Online, Sharnaaz Ahmad menjelaskan kenyataan tersebut dibuatnya dalam keadaan marah. Dia berkata kenyataan itu bermaksud pesalah berkenaan perlu menerima hukuman setimpal dengan perbuatan kejam yang mereka buat.

Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu.

Bagaimanapun, walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula.

Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.

Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya.

Ia masalah dalam masyarakat yang mana semua pihak perlu ambil berat, saya juga rasa bersalah kerana kurang ambil perhatian terhadap masalah sosial dan kesempitan pusat tahfiz.

Bila sudah berlaku isu seperti ini baru kita nak marah di laman sosial, bagi saya semua pihak perlu bertanggung jawab terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar lebih memperluaskan lagi kempen kesedaran bahaya dadah.

Selain itu, dia juga berasa kesal dengan diri sendiri kerana kurang mengambil berat masalah yang berlaku dalam masyarakat.

sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.