berita

Miliki Video Pornografi Kanak-Kanak, ‘Runner’ Insurans Didenda RM5,000

April 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM5,000 terhadap seorang ‘runner’ insurans atas kesalahan memiliki video lucah kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Pengarah Didakwa Kantoi ‘Like’ Video Lucah, Netizen Terus Petik Nama

Artikel Berkaitan: Rakam & Muat Naik Gambar Bogel Ketika Bercuti, Suami Isteri Didenda Di Singapura

Mengaku bersalah

Foto: Harian Metro

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh Wan Azhar Wan Ismail didakwa mengakses serta mempunyai dalam milikan dan kawalan suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu rakaman video lucah kanak-kanak di dalam simpanan komputer riba.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 April lalu jam 9.30 malam di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu.

Tertuduh yang berusia 57 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri membuat keputusan, jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 12 bulan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali mengendalikan pendakwaan, manakala peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan mewakili tertuduh.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan jika disabitkan kesalahan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×