berita

Nabil Ahmad Gembira Sedekah Hari Jumaat, Belanja Minuman & Tumbler Cecah RM3,562

August 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Minggu lalu, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad kerugian lebih RM2,500 apabila dia terlepas pandang tarikh konsert Billie Eilish Happier Than Ever.

Artikel Berkaitan: Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Terduduk ‘Burn’ Hampir RM3,000 – ‘Allah Nak Jauhkan Dari Perkara Lagha’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Beli Tiket Konsert Billie Eilish Sebab Anak-Anak Yang Nak’ – Nabil Ahmad

Sedekah hari Jumaat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Terbaharu, Nabil bermurah hati mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,562 kepada rakan sekerjanya di radio Era.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG), Nabil dilihat tidak lokek apabila membayarkan minuman dan bekas tumbler di kafe Starbucks ketika dalam perjalanan ke negeri jelapang padi, Kedah bersempena program Touera 2022.

Mula-mula harga kopi RM300 saja, Nabil cakap murah sangat. Dia suruh ambik tumbler. Last-last bil kena RM3,000. Lain macamNabil punya pemurah. Terima kasih Nabil belanja harini.

Ketika ditanya perasaannya oleh rakan penyampai iaitu Radin, Nabil berkata dia berasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki pada hari Jumaat.

Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat. Inilah masanya.

Murah rezeki

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tumpang gembira melihat persahabatan keluarga Era. Di samping itu, ada pengikut yang mendoakan agar pengacara program MeleTOP ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram @era.je

SKIP THIS AD ×