berita

‘Nadi Terhenti Punca Christian Eriksen Rebah Di Padang’ – Doktor

June 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, bintang bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah di tengah padang ketika aksi Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen. Berikutan daripada itu, perlawan tersebut telah ditangguhkan di penghujung babak pertama sebelum bersambung semula pada minit ke-40 separuh masa pertama.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Detik Cemas Pemain Bola Sepak Denmark ‘Tumbang’ Ketika Perlawanan, Penonton Menangis

Terbaru, menerusi laporan Market Shockers, doktor pasukan Denmark menyifatkan kejadian tersebut sebagai suatu pengalaman yang mengerikan.

Nadi terhenti

Menurut doktor pasukan Denmark, nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma. Tambah doktor, pasukan perubatan terpaksa memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Christian Eriksen selepas pemain tersebut rebah ketika sedang beraksi menentang pasukan Finland.

Kami dipanggil ke dalam padang apabila Christian rebah, ketika itu sangat jelas yang dia tidak sedarkan diri. Apabila saya tiba dia bernafas dan saya dapat berasakan nadinya, tetapi secara tiba-tiba ia berubah dan seperti yang semua nampak kami mula memberikannya CPR. Bantuan diberikan sangat pantas daripada pasukan perubatan, kakitangan pasukan dan kerjasama semua pihak dengan kami melakukan apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan Christian kembali.

Walau bagaimanapun, Eriksen dilaporkan sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital di Copenhagen.

Semua mahu teruskan permainan

Foto: Market Shockers

Menurut jurulatih pasukan Denmark, Kasper Hjulmand, dia memuji kesemua barisan pemainnya apabila mereka bersetuju untuk kembali ke padang dan menamatkan perlawanan tersebut. Meskipun merek tewas, Kasper menganggap semangat pasukannya sangat kuat.

Semua orang bersetuju untuk bermain dan apa yang kami cuba lakukan sangat menakjubkan. Mereka pada mulanya membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa sehingga Christian kembali sedarkan diri. Jadi, kami mempunyai dua pilihan, sama ada menamatkan perlawanan malam ini atau bermain pada tengah hari esok. Semua orang bersetuju untuk bermain hari ini.

Sumber: Market Shockers

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×