berita

Suami Sibuk Dengan Kerja, Nadya Syahera Stres Urus Anak-Anak Sendirian

July 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Nadya Syahera memilih medium media sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di dalam hati.

Artikel Berkaitan: Selepas Keguguran Bayi Kembar Tahun Lalu, Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ketiga – ‘Yes! Nombor 3 Is On The Way’

Banyak pendam

Menerusi Instagram Stories, Nadya mengakui berasa tertekan apabila suaminya, Fizul Nawi terlampau sibuk dengan urusan kerja sehinggakan dia terpaksa menguruskan hal keluarga sendirian.

Kata Nadya, 29, dia penat memendam apabila suaminya seakan tidak mempedulikan perasaan yang sedang dirasainya.

Dah la pergi Thailand berminggu-minggu kerja, tinggal saya dengan anak tiga terkontang kanting. Minggu depan pergi lagi. Saya tak tahu nak cakap macam mana, nak keluar ke mana-mana berangkut la anak semua.

Budak-budak ni pun makan hati tisu sekarang, mungkin sebab terkurung kat sini kot, tak boleh keluar main bebas macam dulu.

Sebab itu mental saya terganggu, pendam banyak. Tapi selalu pujuk hati, orang lain lagi struggle kan? Tapi sedih tahu tak?!

Saya cuma penat pendam. Tak ada ruang nak bercakap dan terangkan pasal diri dekat suami. Sibuk dengan kerja. Kita dah la duduk rumah urus anak-anak seorang diri, kalau kita luah tu, boleh dengar dan comfort, kurang la sikit rasa sayu ini.

Anak-anak kena tempias

Tidak cukup dengan itu, pemilik nama Nadya Syahera Rosli mendedahkan suaminya sering pulang lewat malam dari lepak bersama kawan-kawan.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Semanis Honey kasihan dengan anak-anak yang menjadi tempat untuk dia meluahkan rasa stres.

Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 3, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.

Sumber: Instagram @nadyasyahera 

SKIP THIS AD ×