berita

Nak Hadiah Menarik Sempena Raya Nanti? Beli Je Produk P&G, Macam-Macam Korang Boleh Dapat!

May 2nd, 2019 | by Epul
Shout Out!

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadan. Tak lama lagi nak raya! Macam mana persiapan korang nak beraya dengan kawan-kawan dan keluarga? Kalau belum beli apa-apa, inilah masanya sebab P&G tawar pelbagai hadiah percuma sempena kempen Senang Lenang Raya Bersama mereka!

Tapi, nak dapat hadiah percuma tu ada syarat-syaratnya… Nak tau apa dia? Teruskan membaca…

Beli produk P&G RM28 ke atas dan tebus pelbagai kelengkapan raya untuk rumah korang yang menarik dari P&G

Betul, hanya dengan berbelanja sebanyak RM28** ke atas untuk rangkaian produk P&G seperti Dynamo, Downy, Ambi Pur, Joy, Febreze, Pantene, Rejoice, Olay dan banyak lagi, korang berpeluang menebus cawan, balang kuih, bantal, set sudu garfu dan pelbagai lagi hadiah menarik.

Semua hadiah menarik yang ditawarkan P&G ini boleh didapati di retailer yang mengambil bahagian seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Guardian, Watsons dan AEON Wellness. Tapi, tak semua retailer ni ada hadiah yang sama, malah tarikh promosi untuk setiap retailer pun berbeza tau!

Untuk korang yang suka ke Tesco, mereka menawarkan 4 set cawan berlainan corak yang boleh dikumpul dari 25 April hingga 12 Jun. Apa yang korang perlu buat hanyalah berbelanja RM28** ke atas untuk rangkaian produk P&G.

Kalau kawasan rumah korang tak ada Tesco, tak apa! Giant pun mengambil bahagian juga dalam promosi Senang Lenang Raya Bersama P&G dari 18 April hingga 19 Jun. Mereka menawarkan 4 set balang kuih berlainan corak yang boleh dikumpul bila korang berbelanja produk P&G sebanyak RM28** ke atas.

Kalau nak lagi best, korang shopping produk P&G pada hari Sabtu di Giant sepanjang tempoh promosi berlangsung, 50 pelanggan terawal boleh beli produk P&G bernilai RM350 pada harga RM50 saja. Wow, jimatnya!

Selain Tesco dan GiantAEON turut menawarkan hadiah eksklusif dari P&G iaitu 4 set balang kuih berlainan corak yang boleh dikumpul bila korang berbelanja produk P&G sebanyak RM28** ke atas dari 2 Mei hingga 6 Jun.

Tadi admin ada sebut pasal hadiah bantal dari P&G kan? Mana nak dapat bantal istimewa tu? Hanya di Guardian bila korang berbelanja sebanyak RM38** ke atas untuk rangkaian produk P&G dari 1 hingga 30 Mei.

Malah, korang juga berpeluang menyertai peraduan yang menawarkan hadiah lumayan iaitu vakum Dyson sepanjang tempoh promosi berlangsung! Wah, senang sikit nak kemas rumah raya nanti!

Alamak, nak raya-raya ni ubat gigi habis pulak. Adik-beradik nanti balik mesti berebut. Kena beli yang baru ni!

Jom shopping produk Oral B dan pelbagai lagi jenama keluaran P&G seperti Pantene, H&S, Rejoice, Whisper, Gillette, Ambi Pur, Frebreze, Olay dan Herbal Essence di AEON Wellness dari 2 May hingga 9 Jun.

Sebab, AEON Wellness menawarkan mangkuk bunga mawar secara PERCUMA kalau korang beli jenama produk yang admin cakapkan tadi bernilai RM38** ke atas. Kumpulkan mangkuk-mangkuk cantik tu, nanti boleh hidang lauk untuk tetamu!

Haa, admin jamin korang semua mesti suka pergi Watsons kan? Apa kata borong produk P&G sebanyak RM38** ke atas dari 30 April hingga 12 Jun kat Watsons dan korang layak membawa pulang set teko 3 dalam 1 berserta set cawan dan piring. Boleh guna bila nak hidang tetamu raya nanti!

Kalau nak lagi banyak hadiah menarik, pergi ke AEON Big sebab diorang ada set sudu garfu emas yang boleh ditebus bila korang dah buat 4 kali penebusan balang kuih berlainan corak selepas berbelanja produk P&G sebanyak RM28** ke atas dari 10 Mei hingga 6 Jun.

Selain hadiah percuma, boleh tebus e-dompet juga dengan pembelian tertentu

Zaman sekarang ni semuanya serba canggih. Admin jamin dah ramai antara korang guna e-dompet atau e-wallet seperti Touch ‘n Go kan? Guess what, kalau korang beli produk P&G di mana-mana retailer yang admin listkan tadi, korang boleh tebus nilai Touch ‘n Go e-dompet sehingga RM8!

Hanya bawa resit pembelian ke kaunter perkhidmatan pelanggan di retailer yang admin listkan kat atas tadi. Bestnya!

Tunggu apa lagi guys? Jom ke Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Guardian dan Watsons sekarang dan borong produk rangkaian P&G untuk kumpul hadiah eksklusif dari P&G. Boleh tambah kelengkapan rumah untuk kegunaan masa raya nanti!

Selamat Hari Raya guys!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×