Min dengar-dengar ramai yang nak bawa keluarga bercuti ke Australia pada musim cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi.
Kalau korang nak tahu, Australia adalah salah satu negara yang menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak.
Oleh itu min nak kongsikan 8 destinasi menarik yang korang boleh pergi bersama keluarga tercinta semasa berada di Australia untuk cipta memori terindah bersama mereka. Confirm keluarga korang akan suka!
8 destinasi ni korang wajib lawat di Australia!
1. Pulau Kanggaru (South Australia)
Terletak kira-kira 13 Kilometer dari Pantai Australia Selatan, Pulau Kanggaru menawarkan peluang istimewa untuk keluarga korang melihat haiwan-haiwan seperti kanggaru, koala, anjing laut dan pelbagai hidupan lain lagi secara dekat. Jika bernasib baik, korang akan dapat berinteraksi bersama-sama haiwan kesayangan Australia ini.
Bukan itu sahaja, di sana juga korang akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah selain ada banyak pilihan makanan tempatan yang sedap-sedap untuk korang cuba bersama keluarga tercinta.
2. Kakadu National Park (Northen Territory)
Merupakan habitat kepada hampir 2,000 spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar, Taman Negara Kakadu memiliki bentuk muka bumi yang unik. Kawasan rizab semula jadi ini terdiri daripada kawasan lembap berpaya, kawasan lereng berpasir dan beberapa sungai.
Di sana korang boleh menyaksikan pelbagai jenis hidupan liar seperti buaya air masin, pelbagai spesies burung termasuklah penyu pipih dan banyak lagi.
Lebih menarik lagi, kawasan tersebut turut menyimpan pelbagai khazanah prasejarah yang boleh korang kunjungi di tapak-tapak Nourlangie, Nanguluwur dan Ubirr yang memaparkan lukisan batu orang asli.
3. Pulau Rottnest (Western Australia)
Terkenal dengan kecantikan pantainya, Pulau Rottnest merupakan salah satu pusat pelancongan yang wajib korang lawat di Australia. Ianya merupakan habitat kepada haiwan comel quokka. Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama quokka.
Disamping itu, jika korang bernasib baik, korang juga mungkin dapat menyaksikan kemunculan ikan paus besar di permukaan perairan di sana.
In case korang ada masa terluang, korang juga boleh melawat beberapa tarikan istimewa lain yang di Pulau Rottnest antaranya Thompson Bay iaitu hab utama serta pusat pelabuhan feri terkenal atau korang boleh ke Bathurst Lighthouse, binaan ikonik kebanggaan penduduk di Pulau Rottnest.
4. Belon Udara Panas (Australia Capital Territory)
Destinasi keempat yang min cadangkan ni lain daripada yang lain. Terkenal dengan pemandangan menakjubkan gabungan seni bina bersejarah dan moden serta kehijauan ibu kota Australia, Canberra merupakan kawasan wajib korang pergi untuk buat aktiviti belon udara panas.
Jangan risau, di sana semua staff sangat ramah dan mesra. Mereka juga amat mementingkan aspek keselamatan. Juruterbang belon udara mereka juga merupakan juruterbang bertauliah. Apa yang pasti, pengalaman menaiki belon udara panas di sana akan jadi salah satu memori terindah apatah lagi jika dilakukan bersama keluarga.
5. Taronga Zoo (New South Wales)
Dah sampai Australia, luangkan sedikit masa ke Taronga Zoo di Sydney. Pelbagai aktiviti korang boleh buat dekat sana antaranya melihat dan mengenali haiwan, termasuklah menikmati pelbagai persembahan haiwan yang diadakan.
Lagipun, di sana ada disediakan penginapan. Jadi, tak salah kalau korang luangkan masa sehari dua di Taronga Zoo sebab banyak aktiviti anak-anak korang boleh sertai termasuklah aktiviti ‘Keeper A Day’ dan ‘Zoo Adventures’.
Berikut adalah beberapa acara akan datang yang boleh korang sertai seperti Wild Light-Vivid Sydney, Christmas Concert, sambutan New Year’s Eve dan Twilight at Taronga.
6. Gunung Cradle (Tasmania)
Destinasi seterusnya adalah Tapak Warisan Dunia (UNESCO) iaitu Taman Negara Gunung Cradle.
Antara tarikan utama Gunung Cradle adalah deretan gunung-gunung bengkok yang terletak di utara Taman Negara Tasik St. Clair seperti Gunung Ossa, Oakley Mountain, Pelion East dan Pelion West. Korang juga boleh melawat St. Clair Lake yang terletak di di dataran tinggi gunung tersebut. Tasik ini dipercayai merupakan tasik terdalam di Australia dengan kedalaman hampir 200 meter.
Disamping melawat St. Clair Lake, korang juga boleh hiking di sana. Min recommend laluan Overland Track. Laluan ini terkenal dikalangan pendaki kerana korang boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna selain dapat menikmati pemandangan indah Taman Negara Tasik St. Clair.
7. Great Ocean Road, road trip (Victoria)
Destinasi ketujuh yang wajib korang terjah ketika berada di Australia adalah tak lain tak bukan, Great Ocean Road yang terletak di Pantai Barat Selatan Victoria.
Laluan ini merupakan kawasan pemanduan pantai yang paling indah di dunia dimana korang akan disajikan dengan pemandangan indah kawasan persisiran pantai dan hutan hujan semulajadi. Korang juga akan melalui 12 Apostles di sepanjang laluan Great Ocean Road.
Laluan yang memiliki jarak sejauh 244 kilometer ini menjanjikan pengalaman road trip yang luar biasa tapi pastikan korang ambil pakej road trip dengan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar.
8. Great Barrier Reef (Queensland)
Last but not least, pastikan korang datang ke The Great Barrier Reef yang menawarkan pengalaman berada di persisiran pantai yang cukup indah terutama sekali ketika matahari terbenam. Di sana korang boleh berenang dan menyelam untuk menikmati pelbagai bentuk dan formasi terumbu karang yang menakjubkan.
Di kawasan ini juga korang boleh melihat pelbagai jenis kerang gergasi dan spesies paus yang jarang ditemui serta enam daripada tujuh spesies penyu laut yang ada di dunia.
Akhir kata, buat korang yang bakal terbang ke Australia tidak lama lagi, jangan lupa singgah ke destinasi-destinasi diatas.
Kalau boleh, siapkan itinerary pelancongan korang selengkapnya bagi memudahkan proses di kaunter imigresen Australia nanti.
Selamat bercuti buat korang dan keluarga! Enjoy tau!
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan percutian mesra keluarga di Australia melalui laman web australia.com