berita

‘Nak Tahu Markah Saya Je’ – Didakwa ‘Sentap’ Lagu Tak Terpilih, Ayda Jebat Jelaskan Perkara Sebenar

November 16th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas, kontroversi mengenai Ayda Jebat hangat diperkatakan apabila dia didakwa tidak berpuas hati dan kecewa kerana lagu Mata tidak dipilih untuk bertanding di pentas final. Di ruangan komen instagramnya, Ayda mempertikaikan keputusan juri pada malam tersebut.

Artikel berkaitan : ‘Kena Baik Dengan Juri Kot’ – Ayda Jebat Tak Puas Hati Lagu Mata Tak Layak Ke AJL32?

Namun, Ayda Jebat menjelaskan dia bukan mahu mempertikaikan keputusan sebaliknya hanya mahu tahu dimana kurangnya nyanyian Ayda.

‘Saya tak salahkan juri’

 

Mungkin ramai yang salah sangka dengan komen yang diberikan Ayda Jebat, terbaru dia menjelaskan maksud sebenar ‘kena baik dengan juri’ seperti yang diperkatakan sebelum ini.

‘Saya nak tahu markah saya je’

Menurut laporan Astro Gempak, Ayda Jebat menjelaskan dia tidak berniat nak mempertikaikan keputusan juri. Sebaliknya dia hanya nak tahu dimana kurangnya kerana sudah tiga kali gagal di semi final.

Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk mempertikaikan kerja atau tugas juri. Malah saya menghormati keputusan mereka. Saya cuma mahu bertanya untuk kebaikan diri sendiri. 

Saya mahu bertanya kekurangan dan kesilapan saya. Sudah tiga kali saya kandas di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, jadi saya mahu tahu apa sebabnya agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang

Saya bertanya mengenai markah saya sahaja, bukannya markah peserta-peserta lain. Saya mahu melihat kesilapan sendiri untuk penambahbaikan.

Produksi kata markah ‘private and confidential’

Tambah Ayda lagi, dia sedikit kecewa apabila pihak produksi tidak membenarkannya melihat markah atas alasan ‘private dan confidential’. Kata Ayda, dia nak lakukan yang terbaik kerana mahu peminat rasa bangga.

Saya bertanya kepada pihak produksi tentang permarkahan lagu saya, tetapi jawapan yang diberikan adalah markah tersebut merupakan sesuatu yang ‘private and confidental’ serta tidak boleh dikongsi. Kalau tak boleh dikongsi, bagaimana saya mahu perbaiki kesilapan?

Apabila perkara ini sudah jadi besar, perkara yang sebelum ini ‘private and confidental’ tiba-tiba boleh diumumkan. Terima kasih kerana boleh mengubah perkara tersebut.

Saya mahu melakukan yang terbaik di masa akan datang dan tidak mahu mengecewakan peminat saya. Mereka ibarat nadi penggerak saya dalam industri hiburan. Sudah pasti saya mahu membuat mereka rasa bangga.

Oo macam tu, takpelah Ayda tahun depan boleh cuba lagi. Kalau dah rezeki tak kemana, betul tak?

sumber : Astro Gempak

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×