berita

NLKO Kembali Bersiaran Selepas 6 Tahun! Erra Fazira & Heliza Helmi Antara 10 Hos Baharu

February 5th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

NLKO

Selepas hampir enam tahun berehat, program temu bual Nasi Lemak Kopi O (NLKO) kembali bersiaran dengan musim baharu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingat Sudah Mati, Syukur Allah Beri Peluang Kedua’ – Fizo Omar Kongsi Detik Cemas Pengsan Diserang Vertigo

Artikel Berkaitan: ‘Dibesarkan Oleh Ibu Tunggal & Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Bapa’ – Erra Fazira Tak Mahu Engku Elisya Tanggung Nasib Sama

10 hos baharu

NLKO

Menariknya pada musim ini, seramai 10 orang hos baharu diperkenalkan yang bakal menemani penonton setia saluran TV9.

Antaranya ialah Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Heliza Helmi, Barr Zaizan, Affizza Azmi, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

Pelbagai topik menarik yang akan dibincangkan merangkumi gaya hidup, kesihatan, kecantikan, fesyen, makanan dan lain-lain.

Lebih istimewa, NLKO musim baharu akan menampilkan usahawan-usahawan tempatan yang bakal berkongsi tips kejayaan dan memberi inspirasi kepada penonton menerusi segmen ASPIRASI.

Antara tetamu jemputan yang telah bertandang ke studio ialah duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Datin Fouziah Gous, Black Hanifah, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Monsta Studio, Mohd Nizam Abdul Razak, Faizal Ismail.

Di setiap episod, NLKO akan menampilkan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia dan peringkat global untuk berkongsi kisah perjalanan dalam mengusahakan perniagaan.

Selain itu, NLKO juga bakal memaparkan kapsul Motivasi Secangkir Kopi yang dikendalikan oleh mentor dan pakar pemasaran terkenal iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk berkongsi pengalaman hidup dan motivasi dalam dunia perniagaan.

NLKO bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi selama satu jam di TV9.

SKIP THIS AD ×