berita

Noorkhiriah Puji Lakonan Syafie Naswip, Seronok Dapat Bergandingan Bersama – ‘Penantian 19 Tahun Tidak Sia-Sia’

April 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah memuji lakonan aktor Syafie Naswip menerusi sebuah drama berjudul Kurung Kerawang Buat Adik.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Reda, Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ Terbakar – ‘Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya’

Artikel Berkaitan: ‘Allah Hadirkan Imam Ini Untuk Perbetulkan Saya’ – Noorkhiriah Syukur Suami Banyak Bimbing Ke Arah Kebaikan 

‘Power kau berlakon’

Noorkhiriah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Noorkhiriah berkata Syafie menjayakan salah satu babak menangis dalam drama tersebut dengan begitu hebat.

Malah, dia juga akui seronok bergandingan dengan aktor itu.

Power gila kau (Syafie Naswip) berlakon dik. Air mata dah macam air hujan.

Seronok bila dapat gandingan yang best.

Sementara itu, Noorkhiriah berkata penantian selama 19 tahun untuk bekerjasama dengan Syafie tidak sia-sia.

Penantian selama 19 tahun tidak sia-sia. Terima kasih kepada pihak director dan semua pasukan produksi. Seronok bekerjasama dengan kalian semua.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×