berita

#OBFesyen: ‘Anna Jobling Menepati Kriteria Jadi Muse Koleksi Baju Raya Amber’

March 19th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

anna

Rezeki pelakon jelita, Anna Jobling dalam industri seni mencurah-curah selepas menceburi sejak tahun 2018. Terbaru, Anna dilantik menjadi ‘muse’ untuk jenama Amber bagi koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun 2024.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Luang Masa 2 Jam Bersama Puteri Ameerah, Anggap Pujian Komen Netizen Cakap Muka Iras – ‘Dia Tonton Semua Drama Lakonan Saya’

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Mengaku Pernah Kena Curang – ‘Lebih Baik Single Tapi Gembira Daripada Kahwin Selepas Itu Sakit Hati’

Kena dengan personaliti

anna muse amber

Ketika ditemui OhBulan!, Anna bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi ‘wajah ilham’ untuk edisi tahun ini yang diberi nama Atma Sari. Kata Anna, koleksi ini sangat menepati dengan personaliti dan keperibadian dirinya.

Anna dah pernah bekerja dengan Datuk sebelum ini, sangat senang. Datuk seorang yang kreatif, dia tahu apa yang dia nak.

Kali ini, Anna tampil sebagai muse yang sesuai dengan personaliti diri. Anna suka dengan warna dan corak bunga yang digunakan.

Anna berkata demikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

10 koleksi baju wanita

anna amber

Sementara itu, Pengasas Amber dan Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (USANITA), Datin Seri Adzliana Hasan berkata pemilihan Anna adalah satu keputusan tepat kerana memenuhi personaliti aktres terbabit.

Kata Adzliana, koleksi pada tahun ini lebih moden dan sesuai digayakan pelbagai peringkat umur serta mengenengahkan rekaan minimalis dengan sentuhan rona lembut.

Anna ada satu karakter dan personaliti yang bersesuaian untuk menjadi muse Amber. Anna ada ramai pengikut serta fans club yang sangat besar.

Anna menepati kriteria yang tepat untuk kami bekerjasama kali ini kerana semua koleksi baju ini adalah daripada personaliti Anna sendiri.

Nama-nama koleksi kali ini pun daripada watak yang pernah Anna lakonkan dalam semua drama yang dibintangi.

Kami mempunyai 10 koleksi baju wanita dan dua kurta dan setiap daripadanya terdiri daripada empat warna. Amber raya pada kali ini lebih menonjolkan kesederhanaan dan elegan dengan padanan warna pastel beserta corak minimalis dan sulaman.

Anna turut memberikan sentuhan istimewa dalam koleksi kali ini di mana pemilihan warna dan corak juga mengikut citarasa dia. Kami mahukan sesuatu yang simple dan elegan.

Koleksi Atma Sari kini boleh didapati di butik Wangsa Walk Mall (G-77), Isetan The Garden (Level-1) dan Isetan Lot 10 (Level-G). Selain itu, boleh juga melayari laman web rasmi, Shopee, dan Zalora.

SKIP THIS AD ×