berita

Orang Penang Jom Pakat Serbu Karnival UDA Playland Ni! Banyak Betul Benda Best!

April 2nd, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Hai orang Penang, dah bosan ke buat perkara yang sama setiap minggu? Ke bosan sebab asyik duduk kat rumah je? Teringin nak ada aktiviti dengan keluarga? Tapi taknak yang biasa-biasa, nak yang luar biasa?

Ha! Pada bulan April ni, UDA Property bakal menganjurkan Karnival Uda Playland dekat Penang!! So orang Penang, apa lagi, baca post ni sampai habis!

Apa aktivi yang ada kat Karnival UDA Playland ni?

Ada banyak aktiviti best yang korang boleh try dengan seisi keluarga! Antaranya ialah:

  • Hot Air Balloon

Ini merupakan aktiviti paling admin nak try! Nak dapat naik belon udara panas ni bukan senang tau. Korang boleh dapatkan view Penang yang cantik dan sesuai untuk Instagram feed korang. Bermula dari pukul 8 pagi!

  • Photo Booth

Jangan lupa tau ambil gambar dekat photo booth ni. Mesti sweet je gambar nanti! Arch bunga ni akan diletakkan berdekatan dengan patung swan. Memang romantik setup dia!

  • Giant Artificial Swan

Patung swan gergasi pun ada jugak! Yang paling best, kanak-kanak akan diberikan peluang untuk cop tapak tangan diorang dekat swan putih tu! So, kanak-kanak boleh decorate swan tersebut menggunakan warna rasmi UDA Holdings.

  • Bouncy Castle

Korang juga boleh bawa anak-anak buah korang,  adik, atau anak sendiri main-main dekat bouncy castle ni! Boleh la fefeeling princess atau prince!

  • Cat Adopt Section

Peminat tegar kucing mesti excited bila dapat tahu yang ni! UDA Property akan memberikan korang peluang untuk korang adopt kucing kat karnival tu nanti!

Selain itu, ada juga kids station di mana kebanyakkan tadika dari kawasan tersebut akan buka booth pada hari tersebut. So, dari situ parents yang datang boleh survey tadika mana yang paaaaaaaling ngam dengan anak-anak mereka. Bukan itu saja, kanak-kanak juga boleh berzumba dekat karnival ni nanti!

Pasal hartanah pun ada jugak?

Iya guys, dekat karnival ni juga akan ada banyak perkara perbincangan hartanah yang korang boleh lawati. Dan sebab yang paling wajib untuk korang pergi karnival ni ialah.. ada rebat dan deal hebat untuk para pengunjung tau! so korang jangan lepas kan peluang untuk dapatkan promosi-promosi hebat ni!

Tapi korang kena register di link ni dulu [Klik Disini]. Tak register tak dapat deals ni, hadiah misteri pun tak dapat!

Tambah ilmu property dengan Faizul Ridzuan dan SIFUFBADS!

Korang juga boleh meluangkan masa untuk coffee talk yang akan diadakan pada 7hb tu! Ada Faizul Ridzuan(Pakar hartanah) dan Sifu Safwan dari Sifufbads (Pakar Facebook Marketing).So..jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu hartanah dengan sifu-sifu power ni!

Yeay tak sabar nak pergi!! Bila ni?

Karnival ni akan berlangsung pada 7 dan 8 April 2018! Bermula dari 9 pagi hingga 5 petang tau. So, korang jangan pergi lambat-lambat nanti terlepas semua aktiviti-aktiviti yang best ni. Karnival UDA Playland ni bertempat di Crescent Dew,Clubhouse di Bertam, Penang!

Maklumat lanjut korang boleh check dekat link di bawah ni !

Facebook UDA Property

Daftar online di: UDA PLAYLAND CARNIVAL @NORTH

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×