Sudah menjadi lumrah dalam dunia seni, apabila suami dan isteri merupakan selebriti atau pelakon, maka secara tidak langsung anak-anak mereka pasti turut mengecapi populariti tersebut. Begitu juga dengan pasangan cukup romantis Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang kini sudah memiliki dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arissa. Telatah dan gelagat anak pasangan ini telah menjadi perhatian ramai.
Terbaru, nama pelakon cantik ini telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia berkongsi beberapa foto sempena sambutan hari jadi anak tercinta, Ayra Arissa.