berita

‘Bukan Tak Terima Kenyataan’ – Muat Naik Foto Bersama ‘Geng Pagi Hot’, Shuk & Fizie Rindu Nak Masuk Konti

February 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah membuat keputusan untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di stesen tersebut baru-baru ini. Ini kerana, mereka ingin memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu curang Shuk terhadap isterinya seperti yang viral di media sosial minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Nombor Telefon Tersebar, Fara Saleh Dakwa Terima Banyak Mesej Kecaman Selepas Dituduh ‘Rampas’ Shuk

Artikel berkaitan: ‘Life Must Be Go On, Sebab Ada Dua Anak Kena Tanggung’ – Isteri Shuk Sahar

Artikel berkaitan: Terpalit Isu Curang, Shuk Digantung Tugas Penyampai Radio Hot FM

Di Instagram, Shuk telah memuat naik satu foto bersama rakan penyampai ‘Geng Pagi Hot’ iaitu Fizie dan Shuib. Menurutnya, dia rindu untuk bersiaran semula dan menghiburkan hati para pendengar stesen radio berkenaan.

Hati ini hanya rindu

Bukannya diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu.

Menerusi posting tersebut, Shuk menerima kenyataan apabila pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah membuat keputusan untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatannya sebagai penyampai radio di stesen tersebut. Cuma, dia dipercayai meluahkan rasa rindu untuk masuk ke konti semula dan kembali berkhidmat bersama rakannya iaitu Fizie.

Rindu pendengar setia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizie_hotfm (@fizie_hotfm)

Jujur saya rindukan semua pendengar-pendengar setia @hotfm976. Satu masa kita akan bersama kembali.

Fizie turut memuat naik satu video di mana dia turut bersedih kerana tidak dapat masuk ke konti dan menjalankan tugas seperti biasa. Tambahnya, dia sangat merindui para pendengar. Fizie turut memaklumkan bahawa sampai satu masa mereka akan kembali bersama para pendengar.

Sumber: Shuk & Fizie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×