Wanita yang paling hebat dan perkara di atas dunia ini sudah tentulah ibu kerana beliau sanggup berkorban dan lakukan apa saja demi keluarga dan anak-anak. Jika dihitung pengorbanan dan jasa yang dicurahkan mereka sungguh tidak terhitung besarnya.
Malah, Islam juga memerintahkan kita supaya memuliakan wanita, sama ada sebagai anak, isteri apatah lagi sebagai ibu. Tapi kita kadang-kadang selalu je sakitkan hati mak kita kan, rindu mak!
Emak yang hebat, Emak bangun pagi nak siapkan suami & anak-anak
sekadar gambar hiasan
Antara kehebatan emak kita ialah berkeupayaan bangun awal dari suami dan anak-anak.
Basuh muka, gosok gigi, ikat rambut terus masak air. Lalu laju keluarkan roti, disapu mentega dan ditabur gula. Terus sahaja dimasukkan dalam ketuhar.
Emak meluncur laju mengambil baju kerja abah dari dalam almari, tersusun terus. Bawah sekali seluar slack, kemudian kemeja lengan panjang, siap singlet, seluar dalam, sapu tangan, tali pinggang dan stokin diletakkan bersusun.
Azan subuh. Emak pun terus ambil wudhuk, solat. Kemudian laju melihat roti. Ambil empat lima mug siapkan milo untuk anak-anak dan nescafe untuk abah.
Anak-anak pula bangun, emak kejut seorang demi seorang. Bergilir mengambil tempat di bilik air. Sambil berjalan laju, emak capai baju setiap seorang anak. Susun kembali macam menyusun baju abah tadi.
Semua lengkap. Sudah sahaja semua bersiap, emak hulur air dan roti. Hulur juga tangan untuk kita bersalam, cium dahi dan pipi. Lalu kita pun terus ke sekolah. Abah ke tempat kerja.
Dan sampai lewat malam emak masih bekerja
sekadar gambar hiasan
Emak tinggallah bersama yang kecil. Sedang semuanya telah sunyi, emak mengemas tinggalan atas meja. Lalu yang comel itu pula mula menangis. Emak siapkan susu, tidurkan kembali dan terus mengambil baju untuk cucian, keluarkan makanan beku untuk siapkan makan tengah hari dan mengemas setiap inci rumah.
Dan sehingga semuanya balik dari sekolah dan tempat kerja, emak masih bekerja hingga lewat malam.
Begitulah. Emak yang hebat.
Patutlah Allah sungguh sayangkan semua ibu. Di setiap sudut hatinya, penuh rasa cinta tanpa pernah minta apa-apa.
Salam subuh.
Khairul Hakimin Muhammad.
Penulis Emak Rindu Mathanga Erissery.
sumber: Khairul Hakimin Muhammad