berita

Peminat Bola Sepak Marah, Tempat Penginapan Di Qatar Macam ‘Kotak Kasut’

November 21st, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Kejohanan piala dunia FIFA yang berlangsung di Qatar musim ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di serata dunia. Namun, perkampungan rasmi buat peminat bola sepak di Rawdat Al Jahhaniya, didakwa seperti ‘kotak kasut’ dan mengecewakan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Korang Rasa Penyokong Bola Sepak World Cup Mana Yang Layak Menonton Piala Dunia Di Qatar Secara Percuma?

Artikel Berkaitan: Ini 5 Ragam Rakyat Malaysia Bila Tiba Musim World Cup, Kaki Bola Tu Baik Mengaku!

Bayar Hampir RM1,000

Indah khabar dari rupa, sebahagian besar peminat meluahkan rasa marah dan kecewa dengan kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur. Tambah mereka, bayaran bagi kediaman yang bernilai hampir RM1,000 semalaman itu tidak berbaloi.

Peminat berkata di media sosial bahawa kediaman kabin berharga sekitar £170 (RM970) semalam, yang dibuka kelmarin itu bukanlah seperti yang mereka bayangkan.

Dalam pada itu, menerusi laporan MailOnline, ruang kediaman kabin tersebut dilihat sempit, tiada pengudaraan yang baik dan bersaiz ‘kotak kasut’ dengan pemandangan tapak pembinaan serta longgokan sampah.

Ini bukan cara untuk melayan pelawat dari mana-mana negara. Kami telah membayar begitu banyak wang untuk sampai ke sini.

Bukan itu sahaja, kemudahan di sekitar kawasan kabin yang telah dijanjikan juga tidak kelihatan. Menurut sumber, penempatan peminat itu difahamkan turut disediakan dengan gelanggang tenis dan skrin pawagam, namun kedua-dua fasiliti terbabit masih belum dapat dilihat oleh peminat bolasepak.

Pusat kecergasan/gimnasium pula hanyalah beberapa peralatan senaman luar berhampiran pintu masuk utama. Terdapat van Starbucks mudah alih disediakan dan sebuah dewan makan berkhemah yang besar di perkampungan peminat ini.

Video

Sumber: MailOnline

SKIP THIS AD ×