berita

Penceramah Bebas Bakal Didakwa 9 Pertuduhan Gangguan Seksual, Rogol Remaja 14 Tahun

November 29th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Mahkamah Sesyen di Klang, seorang penceramah bebas bakal berdepan 9 pertuduhan melakukan kesalahan merogol dan gangguan seksual.

Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak 5 Tahun

Artikel Berkaitan: Tak Mampu Kawal Nafsu, Cabut Gelaran Pencetus Ummah – Finaz Yunus

Penceramah bebas bergelar ustaz

Menerusi laporan Kosmo, individu bergelar ustaz berusia 30-an itu difahamkan hadir ke mahkamah pada jam 8.30 pagi tadi selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 18 Julai lalu.

Penceramah berkenaan dikhabarkan akan didakwa berkenaan kes rogol, gangguan seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Fathi Na’im Mazlam mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dilakukan pada bulan Jun 2021 hingga Februari 2022 itu. Difahamkan, mahkamah membenarkan lelaki berstatus ustaz terbabit diikat jamin RM40,000. Dalam pada itu, tertuduh didakwa mempunyai 3 isteri dan 8 anak selain menanggung ibu bapa yang telah tua.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada seorang remaja perempuan berikutan jenayah rogol yang didakwa dilakukan oleh suspek. Suspek kemudian telah ditahan pada 18 Julai lalu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan.

Sumber: Kosmo & Twitter

SKIP THIS AD ×