berita

Penghantaran Lebih Murah, Mudah & Pantas? Guna Lalamove Je, Siap Ada Promosi Penghantaran Bagi Pengguna Baru!

July 1st, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bila cakap pasal servis penghantaran ni, mesti korang tertanya tanya ada tak yang buat perkhidmatan penghantaran dengan harga berpatutan, lebih fleksibel dan pantas? Eh, mestilah ada! Hanya dengan guna Lalamove je masalah korang boleh selesai.

Lagi-lagi kalau korang yang berniaga atau pun sebagai pengguna biasa Lalamove tu, kalau risau takde masa nak hantar barang ke apa, kami suggest korang guna je servis ni. Paling best, mereka juga ada sediakan promosi penghantaran untuk sesiapa yang menggunakan servis mereka buat pertama kali. 

Ha..nak tahu apa lagi kelebihan lain yang menarik dengan Lalamove, teruskan membaca!

Menyediakan servis penghantaran yang lebih pantas!

Perkhidmatan Lalamove ni sangat menarik tau! Mereka mempunyai flit penghantar pelbagai jenis kenderaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Malah, sehingga hari ini, Lalamove masih merekrut penghantar baru untuk memperkukuhkan flit dan perkhidmatan mereka.

Konsep penghantaran on-demand dan flit Lalamove yang luas membolehkan pesanan korang dipadankan dengan penghantar Lalamove dalam beberapa saat saja melalui aplikasi mereka.

Dengan kata lain, penghantar Lalamove akan tiba di lokasi dengan segera untuk mengambil barang dan meneruskan penghantaran ke destinasi pilihan korang. 

Kalau korang rasa barang yang nak dihantar tu mudah rosak macam makanan, bunga-bunga atau korang perlukan urgent delivery, korang pilih je servis penghantaran motosikal atau kereta Lalamove. Dijamin boleh sampai ke tangan penerima dalam sejam. Yelah..kalau boleh nak lah barang tu cepat sampai kan?

Hantar apa-apa saja dengan harga berpatutan! 

Ada pelbagai jenis kenderaan mengikut kesesuaian saiz barang yang korang nak hantar iaitu motosikal, kereta, van, 4×4, lori dan juga cold truck.

Korang hanya perlu membayar penghantaran barang berdasarkan jenis kenderaan dan jarak penghantaran dari pemberi ke penerima. Dengan Lalamove, korang tak perlu pening kepala fikir harga yang mengikut berat atau saiz barang korang. 

Jadi korang jangan risau ya, kos penghantaran akan dipaparkan dalam aplikasi Lalamove sebelum membuat pembayaran. Jadi, tak ada caj tersembunyi yang akan dikenakan walaupun barang yang korang nak hantar tu dalam kuantiti yang banyak. 

Barang-barang seperti barangan runcit, perabot, atau pun korang yang ada plan nak surprise kan family atau sahabat korang yang duduk jauh ke semasa PKP, takde masalah ya, boleh Lalamove kan je.

Sedia untuk penuhi permintaan penghantaran dengan saiz dan kapasiti yang besar!

Kenderaan-kenderaan Lalamove yang besar macam van, 4 x 4 dan lori boleh memberikan satu penyelesaian penghantaran pukal dengan lebih cekap. 

Buat korang yang nak pindah rumah dan perlukan pembantu untuk angkat perabot sekali pun, mereka boleh bantu dengan penghantaran yang murah dengan kenderaan jenis 4 x 4 pikap trak dan van 7 kaki dan 9 kaki.

Selain itu, lori 1 tan dan 3 tan juga ada disediakan bagi membawa barang-barang yang lebih besar dan berat sehingga 3,000 kg.

Korang pun tak payah dah susahkan diri untuk cari perkhidmatan lain dan tunggu sebut harga dari mereka. Dengan Lalamove, korang boleh membuat tempahan lori segera melalui aplikasi mereka dan pindah ke rumah atau pejabat pada hari yang sama.

Penghantaran ini juga amat memudahkan dan memanfaatkan pemilik perniagaan dari industri pembuatan, borong, automatif, pergudangan, eCommerce. Senang kata, Lalamove boleh membantu perniagaan dari mana-mana industri pun!

Hanya dengan satu aplikasi saja, urusan korang menjadi lebih mudah!

Bukan tu saja, korang juga dapat selesaikan semua penghantaran pelbagai jenis saiz dan barang dalam satu aplikasi tau! Ikut je langkah-langkah mudah ni untuk membuat tempahan pesanan dengan Lalamove:

Selain penghantaran yang pantas,  Lalamove juga menyediakan GPS tracking untuk menjejak penghantaran secara real-time, sistem rating penghantar, penghantaran pelbagai hentian dan penghantaran pintu-ke-pintu! Kehidupan seharian korang kini menjadi lebih mudah dengan Lalamove!

Tak kira la musim yang sibuk untuk business atau musim yang kurang sales, para peniaga tak payah risau tentang had penghantaran in-house sebab senang saja nak skalakan penghantaran mengikuti trend pasaran dengan Lalamove.

Kadang-kadang, ada promosi & diskaun penghantaran dengan menggunakan kod unik mereka!

Paling best, untuk pengguna kali pertama, korang akan dapat satu kod promosi unik dari Lalamove. Pilih antara kod ‘LABULAN6’ kalau nak hantar dengan motosikal atau kereta, ataupun kod ‘LABULAN20’ untuk perkhidmatan penghantaran 4×4, van atau lori! Jadi, bila nak guna tu makin bertambah murah lah kan?

Tapi penebusan nya adalah terhad lah. Jadi, korang kena cepat-cepat guna peluang ni sebaik mungkin sebelum terlepas.

Tunggu apa lagi tu? Jom hantar barang dengan Lalamove!

Jadi, korang tunggu apa lagi? Kalau nak hantar barang tu tak payah dah nak fikir lama-lama nak guna servis apa. Lalamove kan ada! Bukan setakat cepat, malah banyak pilihan barang yang korang boleh hantar serta murah berbanding yang lain!

Untuk penghantaran harga berpatutan dan pantas, Lalamove-kan saja!

SKIP THIS AD ×