berita

Polis Siasat Sekumpulan Individu Langgar SOP Ketika Beriadah

August 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Baru-baru ini viral di media sosial memaparkan sekumpulan individu dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika melakukan aktiviti riadah.

Artikel Berkaitan: Seronok Dapat Makan Asam Pedas ‘Power’ Dalam Kereta, Empat Individu Didakwa Langgar SOP

Artikel Berkaitan: Polis Siasat Video ‘Joget’ Tak Pakai Pelitup Muka Di Dewan Hotel

Terbaru, pihak polis bertindak menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tersebut.

Langgar SOP ketika beriadah

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, sekumpulan individu terbabit dipercayai beriadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam di Chemor, Perak. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, kesemua individu dalam video berkenaan dipercayai gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Oleh hal demikian, pihak polis akan melakukan siasatan di bawah Peraturan 7, Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis memandang serius isi kandungan video tersebut kerana kelihatan beberapa individu sedang beriadah secara berkumpulan dan gagal mematuhi SOP Fasa Dua PPN yang sedang berkuat kuasa di negeri ini.

Dalam kesempatan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP PPN yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak risiko penularan Covid-19. Jelasnya lagi, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×