berita

Produk Hada Labo Oil Control Regime Rawat & Berikan Kelegaan Pada Kulit Sensitif Berjerawat Dalam 5 Minit!

July 13th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Hada Labo adalah antara jenama produk penjagaan wajah yang sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana keberkesanan produknya. Menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan wajah, produk Hada Labo dijual pada harga mampu milik.

Oleh sebab itu, tak hairanlah baru-baru ini rangkaian produk terbaru mereka iaitu Hada Labo Oil Control Regime viral kerana kemampuannya melegakan rasa pedih, kemerah-merahan pada kulit sensitif berjerawat.

Sifat rangkaian produk ini yang cepat menyerap pada kulit, tidak melekit dan sesuai digunakan di negara beriklim panas dan lembap seperti Malaysia menjadikannya bertambah popular dikalangan pengguna.

Trending & Laku Keras!

Min tahu ramai yang dah pernah dengar mengenai rangkaian produk penjagaan wajah Hada Labo Oil Control Regime. Ye la, rangkaian produk ni kan viral dekat media sosial.

Namun begitu, untuk bagi kelainan pada artikel kali ini, kita nak sentuh mengenai jenis kulit yang sesuai menggunakan produk ini, selain memberikan info tambahan mengenai bahan dan cara penggunaan yang betul dan efektif agar korang dapat kesan yang positif ketika menggunakan rangkaian produk ini.

Justeru itu, gunakan info ini sebaiknya untuk capai skin goals korang tau!

Kulit berminyak, sensitif, berjerawat & berjeragat sesuai guna!

Rangkaian produk penjagaan wajah Hada Labo Oil Control Regime adalah produk yang diformulasikan khas untuk korang yang ada masalah kulit sensitif, berminyak dan dalam masa yang sama ada masalah jeragat serta jerawat.

So, kalau kulit wajah korang ada masalah-masalah diatas, inilah produk yang  korang wajib pakai dan seboleh-bolehnya ikut langkah-langkah yang betul dan konsisten dalam penggunaanya.

Langkah 1: Hada Labo Blemish Oil Control Lotion

Memiliki 2 fungsi, Blemish Oil Control Lotion digunakan untuk melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan minyak serta air dalam kulit wajah kita.

Diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak Pear Barli, Ekstrak Bunga Chamomile dan Asid Hyaluronik, produk ini membantu melegakan kemerahan pada kulit sensitif berjerawat. Bukan itu je, kulit pun kekal lembap dan lembut sepanjang hari.

Teksturnya yang ringan dan cair, Blemish Oil Control Lotion digunakan sebagai produk persediaan memaksimakan penyerapan produk berikutnya.

Cara penggunaanya juga mudah, bersihkan dan lap kulit wajah korang sehingga kering. Kemudian aplikasikan Blemish Oil Control Lotion pada tapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah. Tunggu seketika agar produk tadi meresap dan wajah sedikit kesat sebelum korang oleskan produk penjagaan wajah seterusnya.

Langkah 2: Hada Labo H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum

Diperkaya dengan Centella Asiatica complex dan 4 jenis Asid Hyaluronik, H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum mengunci dan melembapkan wajah secara mendalam untuk melegakan rasa rengsa pada kulit sensitif berjerawat disamping membantu merawat keadaan kulit dalam masa 5 minit sahaja.

Ringan dan cepat meresap ke dalam kulit, tekstur H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum sangat digemari ramai. Hasilnya kulit terasa lebih segar dan anjal selepas penggunaannya.

Bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kulit sensitif berjerawat.

Langkah 3: Hada Labo Hydrating Snow Dew

Ringan, lembut dan creamy, tekstur Hydrating Snow Dew memang lain daripada yang lain. Ianya mudah meresap ke dalam kulit wajah dan tidak membuatkan kulit rasa melekit.

Diformulasikan dengan menggunakan Ceramide, 4 jenis Asid Hyaluronik dan Pati Lilac & Swiss Edelweiss, pelembap wajah ini membantu menjaga dan memperbaiki skin barrier korang supaya kulit terlindung daripada ancaman alam sekitar seperti habuk halus, asap dan banyak lagi.

Selain itu, kulit akan lebih terhidrat dan lembap dengan adanya 4 jenis Asid Hyaluronik yang membantu mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan kulit secara mendalam dengan membentuk lapisan-lapisan moisture barier.

Disamping itu, Pati Lilac & Swiss Edelweiss yang terkandung dalam Hydrating Snow Dew  turut berkesan untuk mengecilkan pori-pori dan membantu mengawal penghasilan minyak pada wajah. Ini mengelakkan kulit terlihat berminyak sekaligus, menjadikan kulit wajah lebih sihat, segar dan glowing

Ikut step by step! Confirm menjadi…

Jelas tak penerangan yang min kongsi dengan korang? Min dah gunakan bahasa paling ringkas dan mudah ni. Harap korang faham la ye?

Ingat tau korang, follow step by step! Pertama sekali cuci bersih wajah korang dengan pencuci wajah dan lapkan sehingga kering. Kemudian, guna Blemish Oil Control Lotion sebelum korang guna H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum bagi memaksimakan lagi penyerapan serum ini.

Akhir sekali seal semua kebaikan produk-produk tadi dengan menggunakan pelembap wajah Hydrating Snow Dew untuk memastikan kulit korang kekal lembap dan lembut sepanjang masa.

Jadi kalau korang berminat nak cuba rangkaian produk penjagaan wajah Hada Labo Oil Control Regime, korang boleh dapatkan produk-produk diatas melalui farmasi, Watsons, Guardian atau klik SINI.

Website: Hada Labo

Facebook: MY Hada Labo

SKIP THIS AD ×