berita

PRU15: Pengundi Positif Covid-19 Boleh Keluar Mengundi, Wajib Pakai Pelitup Muka

November 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Meskipun Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini namun diingatkan kepada semua untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengundi positif boleh keluar

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi nasihat kepada pengundi menjelang PRU15.

Menurut Dr Noor Hisham, beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat selain mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain.

Katanya, pengundi yang positif Covid-19 dibenarkan untuk keluar ‘buang’ undi tetapi diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di pusat mengundi.

Jangan nak singgah mana-mana

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengingatkan pengundi positif Covid-19 untuk mematuhi penjarakan fizikal yang selamat.

Selain itu, pengundi tersebut tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk grab dan harus segera pulang ke rumah sejurus usai mengundi.

Sumber: Facebook @kementeriankesihatanmalaysia

SKIP THIS AD ×