berita

“Walaupun Pilihan Berbeza, Kita Masih Satu Keluarga”

November 8th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Borneo Post Online

Kurang 2 minggu lagi, Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) bakal diadakan di negara kita. Dalam waktu ini, kita menyaksikan pelbagai usaha dan manifestasi dari pelbagai pihak bertanding ketika berkempen.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rakyat kini lebih bijak menilai dan hanya mahu mendengar inisiatif yang sudah dan bakal dijalankan pada masa akan datang. 

Antara inisiatif utama kerajaan adalah dalam melaksanakan pembangunan ekonomi bagi membantu kesejahteraan dan moral Keluarga Malaysia. 

Keluarga Malaysia: Keterangkuman, Kebersamaan, Kesyukuran

Menurutnya lagi, institusi keluarga merupakan perkara yang penting baginya. Sewaktu negara dilanda krisis, rakyat perlu bersatu hati merentas ras dan warna. Rakyat perlu mencari persamaan dan meraikan perbezaan. Rakyat perlu bergerak seperti sebuah keluarga. Keluarga Malaysia bukan sekadar satu gagasan, namun ia merupakan satu gaya hidup yang dianuti ahli-ahlinya.

Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu ‘Keluarga Malaysia’ – Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

SKIP THIS AD ×