berita

Review Filem: One Direction: ‘This Is Us’ Di Luar Jangkaan

August 28th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

1184625 - ONE DIRECTION

Bagi peminat-peminat setia One Direction, pastinya anda ternanti-nanti untuk menyaksikan perjalanan seni lima anak muda ini yang telah didokumentarikan ke dalam bentuk filem.

Namun begitu, filem ini tidak hanya akan menarik minat penyokong mereka sahaja, malah ianya amat sesuai ditonton oleh bukan peminat juga.

Ini kerana jalan cerita yang dipaparkan di dalam One Direction: This Is Us dilihat cukup menghiburkan dan sama sekali di luar jangkaan penulis.

Pada mulanya, penulis menganggap ianya hanyalah sebuah filem syok sendiri yang dibuat kerana mereka mempunyai peruntukan yang banyak.

Namun ternyata jangkaan itu tidak benar kerana penulis sendiri terhibur menonton filem ini walaupun tidak pernah meminati kumpulan One Direction.

1184625 - ONE DIRECTION

Untuk pengetahuan anda, filem penuh inspirasi ini mengisahkan tentang satu-persatu kejayaan yang dicapai oleh Niall, Zayn, Liam, Harry dan Louis yang bermula sejak mereka disingkirkan dari pertandingan X-Factor hinggalah akhirnya berjaya membuat persembahan di O2 Arena di London.

Bayangkan, jika dahulunya mereka cuma seorang budak lelaki biasa, kini nama Niall, Harry, Zayn, Liam dan Louis semakin dikenali ramai selepas Simon Cowell menggabungkan mereka menjadi satu kumpulan boyband.

Melalui filem arahan Morgan Spurlock ini juga, penonton dapat mengenali personaliti penyanyi-penyanyi pujaan ramai ini dengan lebih dekat menerusi kenakalan dan sifat kelakar yang ditonjolkan oleh Harry dan empat yang lain.

Secara peribadi, penulis merasakan One Direction: This Is Us adalah sebuah filem yang layak ditonton kerana ia menggabungkan babak-babak sewaktu konsert, kehidupan keluarga mereka, dan temubual eksklusif dengan sempurna sekali.

1184625 - ONE DIRECTION

Selain daripada itu, penulis percaya penonton akan tersentuh melihat keikhlasan 1D dalam melayan peminat-peminat mereka yang dikenali sebagai Directioners setiap kali mengadakan konsert di beberapa buah negara.

Jadi kepada Directioners di luar sana, buktikan kesetiaan anda dengan menyerbu pawagam-pawagam berdekatan untuk menonton One Direction: This Is Us 3D pada 29 Ogos 2013.

Sebelum itu, apa kata anda layan dulu trailer filem berkenaan di bawah untuk memberikan anda sedikit keterujaan. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×