berita

Sediakan Kenderaan Hantar Pengguna LRT Terjejas, Usaha Murni Media Prima Audio Raih Pujian

November 11th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Media Prima Audio memaklumkan satu inisiatif bagi membantu individu yang terjejas akibat penutupan laluan LRT di 16 stesen yang bermula semalam hingga 15 November ini.

Artikel Berkaitan: Dah Lah LRT Tutup, Bas Pula Berapa Ketul Je Ada – Netizen

Artikel Berkaitan: Menteri Pengangkutan Beri Respon Isu LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup 7 Hari

Media Prima Audio bantu

 

Susulan itu, rangkaian Media Prima Audio mengumumkan berita baik buat semua pengguna LRT di lembah klang.

Perkhidmatan kenderaan pengantara percuma telah disediakan oleh team Media Prima Audio untuk membantu memudahkan pengguna yang terkesan dengan gangguan perjalanan tersebut.

Rangkaian radio seperti Buletin FM, Hot FM, Molek FM dan Fly FM turut menguar-uarkan berita gembira ini melalui akaun media sosial rasmi mereka.

Difahamkan, bantuan ini disediakan bermula 9 November hingga 15 November ini seawal jam 7.30 dan 4.30 petang. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan menunggu awal di stesen LRT terpilih kerana tempat duduk adalah terhad.

Berikut adalah lokasi kenderaan pengantara Media Prima Audio dan laluan perjalanan yang ditetapkan. Oleh itu, bagi pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh menyemak laman media sosial rangkaian radio terlibat.

Respon pengguna

Rata-rata pengguna perkhidmatan LRT berterima kasih atas kemudahan yang disediakan oleh Media Prima Audio yang amat membantu dalam memudahkan dan mempercepat urusan mereka.

Kami terpaksa ambil Monorel atau MRT untuk pulang ke Kelana Jaya tapi hari ini nasib baik ada krew Hot FM yang terus membawa kami, dua kereta ke Bangsar dan tiga lagi kereta pergi ke stesen Pasar Seni. Terbaik.

Salah seorang pengguna pula menyatakan penghargaan atas khidmat yang ditawarkan oleh pihak Media Prima Audio kepada pengguna yang terkesan.

Sebenarnya, kami menghargai jasa baik dan perkhidmatan mereka hari ini kerana mengambil kami dari pasar seni tepat pada masa. Saya rasa saya cuma terlewat 15 minit untuk ke tempat kerja. Terima kasih banyak.


Bukan itu sahaja, orang awam juga turut gembira kerana dapat menaiki kenderaan percuma yang disediakan ini bersama pengguna yang lain.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Hot FM sebab tumpangkan kami. Kami memang ‘enjoy’ sangat.

SKIP THIS AD ×