berita

Seharian Tak Jawab Call, WhatsApp, Isteri Terkejut Jumpa Mayat Suami Diikat & Dibungkus Dalam Bilik – ‘Mereka Baru Sambut Hari Jadi Anak’

January 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Perasaan tidak sedap hati seorang isteri setelah panggilan telefonnya tidak berjawab oleh si suami akhirnya membawa kepada penemuan mayat lelaki itu di rumah sewa mereka di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Terkejut jumpa mayat suami diikat

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab, mayat berkenaan ditemukan sekitar jam 2:30 petang (semalam) ketika isteri mangsa ke rumah sewa mereka untuk melihat keadaan lelaki itu selepas dia gagal dihubungi kira-kira dua hari lalu.

Isteri mangsa memberitahu kali terakhir berkomunikasi dengan mangsa adalah pada Selasa lalu. Pada keesokan harinya, Rabu dan Khamis, isteri mangsa sekali lagi menghantar mesej menerusi WhatsApp namun tidak dijawab. Curiga dengan situasi itu, wanita ini nekad pergi ke rumah sewa mereka. Difahamkan, isteri mangsa pergi ke rumah tersebut bersama ibu dan anaknya.

Wanita berkenaan kemudiannya melihat melalui tingkap kerana rumah berkunci sebelum ternampak mangsa dalam keadaan perut kembung, kaki dan tangan terikat serta berbungkus sebelum meminta jiran menghubungi bomba.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan tentang penemuan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah yang berkunci.

Pulang lepas sambut hari lahir anak

Sekadar gambar hiasan

Sementara menerusi laporan Kosmo Online, rakan baik isteri mangsa memaklumkan pasangan suami isteri itu melakukan kerja amal badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu tahfiz baru kira-kira setahun menyewa di lokasi tersebut. Dakwanya lagi, sepanjang pengetahuannya arwah tidak mempunyai musuh.

Ikutkan, rakan baik saya sudah hampir seminggu berada di kampungnya di Pulau Gadong, Melaka kerana tidak sihat dan mereka baharu sahaja menyambut hari lahir anak mereka Sabtu lalu di sana. Suaminya pulang kembali ke rumah sewa mereka di Tampin ini

Pihak polis percaya mangsa meninggal dunia lebih 24 jam lalu. Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kematian tersebut berdasarkan keadaan mayat yang ditemui dalam keadaan terikat.

Kita percaya suspek merupakan individu yang dikenali mangsa berikutan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah sewa berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro, Kosmo Online

SKIP THIS AD ×