berita

Shuib Hairan Selalu Dihentam & Diperli – ‘Kalau Saya Ada Salah, Saya Minta Maaf Tau’

July 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru sahaja beberapa minggu mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihannya, Watie Hanifiah, nama pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi bualan ramai.

Terbaru, Shuib dituduh pula menjadi salah seorang ahli sebuah organisasi F yang dipercayai merujuk kepada Freemason dan mengaitkan kegiatannya itu dengan kematian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku? Freemason? Meh Cakap Depan-Depan Aku?’ – Shuib

Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Itu Melampau! Dah Macam Saya Bunuh Siti Sarah’ – Shuib

Shuib pelik selalu dikecam

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Instagram story.

Menurutnya, dia begitu hairan kerana sering dikecam seakan ada sahaja yang tidak kena tentang dirinya di mata orang lain.

Shuib kemudiannya membuat permohonan maaf sekiranya ada perbuatannya yang mengguriskan hati mana-mana pihak sehingga menyebabkan dirinya teruk dikecam sesetengah netizen.

Bila saya asyik kena hentam kena perli saya tertanya-tanya apa salah saya pada korang semua. Apa salah saya? Allahuakbar sedih rasa.

Saya ada kacau apa-apa ke? Kalau ada saya minta maaf. Saya betul tak faham, kalau saya ni ada je benda tak kena di mata korang.

Di akhir hantarannya itu, Shuib menitipkan ucapan terima kasih buat semua rakan dan ahli keluarganya yang banyak memberikan kata-kata semangat buatnya.

Dalam perkembangan lain, suami kepada Watie Hanifiah itu telah pun berjumpa dan memaafkan salah seorang daripada dua netizen yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai kematian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×