berita

Tawarkan Diskaun Sehingga 38%, Ini Caranya Untuk Travel Sambil Jimat Bersama Singapore Airlines

March 14th, 2024 | by Hairi Ariff
Kini Trending

Sebut mengenai kapal terbang mewah, pastinya nama Singapore Airlines antara yang disebutkan. Berjaya menawarkan lebih 130 destinasi serata tempat di seluruh dunia membuatkan syarikat penerbangan ini menjadi pilihan ramai.

Dalam pada itu, korang tahu tak korang boleh travel negara-negara wish list korang bersama yang tercinta dengan harga yang berbaloi bersama Singapore Airlines?

Travel bersama Singapore Airlines dengan diskaun sehingga 38%

Menerusi promosi Time To Fly Singapore Airlines, korang berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 38% untuk lebih 70 destinasi.

Lebih menarik, Singapore Airlines yang terkenal dengan keselesaan penerbangannya turut menawarkan harga tiket penerbangan yang lebih rendah buat korang yang tempat tiket penerbangan dengan lebih awal.

Untuk pengetahuan anda, Singapore Airlines bersama Scoot turut menawarkan lokasi berlepas di Malaysia termasuk dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan juga Miri. Lebih mudah buat korang yang mahu mencuba penerbangan dari Singapore Airlines!

Buat anda yang travel ke negara luar, Singapore Airlines sedia menawarkan penerbangan ke Singapura, Beijing, Shanghai, Busan, Seoul, Tokyo, Istanbul, Sydney, Adelaide, Brisbane, Brussels, London, Cape Town, Johannesburg dan lain-lain lagi.

Dalam erti kata lain, Singapore Airlines sedia menawarkan penerbangan hampir ke semua destinasi popular. Serius memudahkan pelanggan!

Buat korang yang suka beli tiket awal dan seterusnya menabung untuk travel, mungkin Singapore Airlines yang patut korang jadikan sebagai pilihan.

Bonus miles sehingga dua kali ganda buat pemegang kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express®

Khas buat pemegang kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express®, memang rugi kalau korang lepaskan peluang travel bersama Pelago.

Mana tidaknya, korang berpeluang mendapatkan sehingga 2x bonus miles dengan tempahan bersama Pelago bergantung kepada destinasi dan tiket penerbangan yang ditempah.

Tawaran terhad ini ditawarkan buat 380 pelanggan terawal sahaja tertakluk kepada terma dan syarat.

Nikmati diskaun dengan travel bersama Pelago

Buat korang yang kaki travel mesti cukup kenal dengan Pelago.

Untuk pengetahuan korang, Pelago merupakan sebuah platform di bawah Singapore Airlines yang menawarkan tiket, pembelian kad sim, dan akses kepada segala aktiviti dalam satu tempat.

Senang cakap, menerusi Pelago sahaja, korang boleh tempah tiket kereta api, menyewa kereta atau membeli tiket memasuki mana-mana museum terus secara online sahaja.

Nak tempah restoran untuk menikmati sesi makan malam yang istimewa pun boleh. Menarik bukan?

Oh ya, Pelago bukan sahaja memfokus buat destinasi negara-negara Asia sahaja.

Buat korang yang nak ke Eropah atau negara di benua Amerika Selatan, Pelago sedia menawarkan servis untuk memudahkan korang.

Bukan itu sahaja, para pelanggan Singapore Airlines turut berpeluang menikmati lebih banyak diskaun untuk tempahan aktiviti di Pelago. Wow!

Nak tahu apa yang lagi best? Pelago turut menawarkan diskaun sehingga 30% untuk tempahan aktiviti menerusi platform mereka.

Dalam erti kata lain, korang boleh travel dengan mudah dan lebih berbaloi menerusi Pelago. Serius best!

Promosi istimewa ini bakal berlangsung daripada 13 Mac sehingga 5 April ini.

Apa tunggu lagi? Mungkin ini masanya untuk korang travel secara diskaun menerusi Pelago dan nikmati penerbangan penuh kondusif bersama Singapore Airlines.

Ayuh layari laman rasmi Singapore Airlines untuk mengetahui lebih lanjut mengenai travel deals yang menarik dengan klik di SINI.

SKIP THIS AD ×