berita

Siti Nordiana Tak Gusar Jadikan Konsep Perkahwinan Sebagai Gimik Konsert – ‘Saya Tak Risau Dikecam & Yakin Netizen Akan Faham’

February 1st, 2024 | by Alia
Kini Trending

nana konsert

Penyanyi Siti Nordiana, baru-baru ini mengumumkan bakal mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei hadapan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Nafi Bakal Nikah

Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Kongsi Momen Akhir Arwah Bekas Suami Bersama Anak – ‘Malam Sebelum Meninggal Dia Teringin Sangat…’

Simbolik kepada peminat

nana konsert

Ketika ditemui OhBulan! Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata dia tidak bimbang dengan kritikan yang dilemparkan berikutan menggunakan gimik perkahwinan untuk konsert solonya.

Menurut Nana, konsep tersebut dipilih sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat yang disifatkan sangat rapat dengannya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.

Saya tak risau dikecam, apabila kita terangkan saya yakin netizen akan faham. Sebenarnya ini adalah konsep yang kita pilih dan lain daripada yang lain.

Konsep konsert ini seolah-olah ‘berkahwin’ dengan peminat, seperti yang sedia maklum meraka sangat sayangkan saya. Saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk mereka yang dah sokong saya dari tahun 1999 sampailah sekarang.

Nana berkata demikian di sidang media ekslusif yang berlangsung di restauran Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Berkongsi tentang persediaan konsert, Nana yang pernah mengalami sakit tekak dan batuk berpanjangan berkata dia yakin dapat memberikan persembahan terbaik kerana kesihatannya kini semakin pulih.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 39 tahun ini juga menghadiri ke kelas vokal.

Kondisi suara saya sekarang ini Alhamdulillah dah bertambah baik setelah berjumpa dengan doktor, jadi sudah hampir setahun saya makan ubat-ubatan. Saya sudah beransur pulih, insyaAllah bila tiba konsert nanti akan okay semuanya.

Kesihatan itu paling penting dan merupakan komitmen untuk saya menjaga diri saya. Jadi saya kena cuba dan berdoa semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Terdahulu, Nana menyangkal dakwaan bakal mendirikan rumah tangga gara-gara tular foto dia menyarung gaun pengantin berwarna putih sambil memegang sejambak bunga.

Buat peminat, inilah momen terbaik untuk menggamit kenangan bersama Siti Nordiana. Pastikan anda mendapatkan dengan harga RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box, 8 pax per box) yang boleh dibeli menerusi atas talian www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline 012 6530 700 (WhatsApp).

SKIP THIS AD ×