berita

Siti Nurhaliza Menangis Minta Doakan Rakyat Palestin

October 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat mengalirkan air mata apabila meminta orang ramai mendoakan saudara sesama Islam yang sedang berjuang di Palestin ketika ini.

Artikel Berkaitan: ‘Posting Di IG Saya Mengenai Palestin Kena Block’ – Siti Nurhaliza Tak Putus Asa, Usaha Beri Kesedaran Tetap Diteruskan

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dipuji Utamakan Saudara Islam Di Gaza, Ketepikan Promosi Lagu Baharu – ‘Sebab Tu Dia Nombor 1’

‘Tolong doakan’

Siti Nurhaliza

Menerusi hantaran di Instagram Story, Siti dipercayai usai mendirikan solat dengan memperlihatkan dirinya yang sedang bertelekung berwarna putih.

Siti kemudian didatangi anak perempuannya, Siti Aafiyah yang bertanyakan mengapa dirinya menangis sebelum dia menjawab “tolong doakan Palestin okay”.

Terdahulu, Siti memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini di Instagram miliknya berhubung isu Palestin sudah mula disekat.

Siti Nurhaliza Taruddin, 44, bagaimanapun berkata, hal tersebut tidak menghalang atau membuatnya berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×