berita

Siti Nurhaliza Nafi Keluar Kenyataan Lagu Album ‘Sitism’ Tak Sedap

July 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza

Seorang individu mendakwa penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan lagu dalam album terbaharunya, Sitism tidak sedap atau kurang enak.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Secara Eksklusif Siti Nurhaliza Pertama Kali Persembahkan ‘Romansa Kita’

Artikel Berkaitan: ‘Cantiknya Bahasa Kakak Ni’ – Siti Nurhaliza Tegur Netizen Perlekeh Kulit Album, Gesa SKMM Semak Akaun

‘lagu baru tak sedap’

Siti Nurhaliza

Dakwa individu berkenaan, Siti dan pasukannya menyedari lagu dalam album tersebut kurang enak selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran dalam media sosial.

Bila baca komen yang Tokti (panggilan Siti) balas dekat satu komen ni yang cakap lagu tak sedap. Secara peribadi saya rasa Tokti dan team sedar yang lagu barunya ramai yang cakap tak sedap, tidak seperti lagu-lagu sebelumnya.

Tidak mendiamkan diri, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44, tampil menjawab dakwaan berkenaan dan menafikan dirinya pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Saya tak pernah cakap lagu tak sedap, saya menghargai setiap kerja keras dan karya orang dan melalui proses pemilian.

Tambah pelantun lagu Cindai itu, dia menyifatkan muzik ibarat cita rasa seseorang dalam memilih makanan. Malah, Siti berpendapat muzik bersifat subjektif dan luas.

Muzik ini berkait cita rasa, kita suka atau tak suka, macam makanan juga. Tapi untuk cakap karya orang tak sedap, saya tak setuju sebab muzik ni luas dan subjektif.

Jangan salah tafsir apa saya tulis dan Alhamdulillah , yang suka bagi respons yang baik dan yang tak suka maybe dengar lagu yang mereka suka.

Terdahulu, Siti memilih 30 Jun lalu bagi melancarkan album terbaharunya berjudul Sitism.

Album mengandungi lapan lagu itu dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×