berita

Tahu Nama Digugurkan Selepas Tamat Larian, Penyertaan Noor Alexandria Dibatalkan Kerana Hijab

October 26th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Penyertaan Noor Alexandria dalam larian maraton di Ohio dibatalkan selepas pihak penganjur iaitu Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio (OHSAA) tidak menerima borang kebenaran berhijab. Menurut pihak OHSAA peserta perlu mengisi borang kebenaran untuk berhijab ketika menyertai pertandingan.

Sehubungan dengan itu, Noor Alexandria didapati telah melanggar tatacara pemakaian pertandingan menyebabkan namanya digugurkan.

Tak tahu nama digugurkan

Memetik laporan Astro Awani, gadis yang berusia 16 tahun ini berasa sangat terkejut dan hanya menyedari nama digugurkan selepas tamat acara maraton. Dia menyertai acara maraton di sekolah tinggi Sylvania Northview dan berjaya tiba di garisan akhir.

Saya tidak tahu nama digugurkan, malah berjaya melepasi garisan penamat sejauh 5 kilometer dengan rekod 22 minit 22 saat. Apa yang berlaku ini sungguh mengecewakan.

Menerusi bbc.com pula, Noor sebelum ini dilaporkan telah mewakili sekolah tinggi Sylvania Northview untuk sepanjang musim dan hijabnya tidak pernah menjadi penghalang.

Saya rasa ini satu penghinaan. Saya berlari seperti badut.

Menurutnya, ketika pegawai memeriksa pasukannya, mereka mendapati seluar pendek salah seorang atlet melanggar etika dan membenarkannya untuk tukar. Namun tiada seorang pun menegur mengenai hijab.

Walaubagaimanapun, dia ada melihat jurulatih berbincang sesuatu secara senyap. Dan dia mengandaikan pakaiannya tiada masalah memandangkan jurulatih hanya diam. Difahamkan, jurulatih bertindak untuk diam kerana tidak mahu bersikap tidak sopan terhadap agama yang dianuti Noor. Jadi dia tidak mahu Noor membuka tudung semata-mata kerana acara tersebut.

Sangat memalukan

Selepas menamatkan acara 5km dengan masa terbaik, Noor terkejut melihat namanya tidak berada di papan skor. Kemudian, dia dimaklumkan rakan sepasukan namanya telah digugurkan gara-gara memakai hijab.

Pada ketika itu, saya keliru. Saya yakin ada kesilapan berlaku jadi saya berjalan ke arah rakan yang lain dan bertanyakan kepada mereka. Rakan-rakan memberi pandangan kosong kemudian memaklumkan penyertaan saya telah dibatalkan.

Saya terkejut, saya rasa seperti ditumbuk. Perkara ini yang paling saya takutkan dan akhirnya ianya menjadi realiti.

Sukar untuk menerima alasan penganjur, dia berasa sangat kecewa kerana memakai hijab adalah wajib ke atas dirinya. Tambahnya, jika pihak penganjur memintanya membuka tudung semata-mata mahu menyertai acara, itu adalah sangat memalukan.

Susulan kejadian, isu ini telah menjadi pendebatan mengenai diskriminasi dan etika berpakaian. Oleh itu, OHSAA berkata pihaknya sedang berusaha dan akan meneliti semula tatacara berpakaian pada musim hadapan.

Sumber : Astro Awani , bbc.com , cbsnews.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×