berita

Fynn Jamal Risau Hidup Lama Atas Dunia Kerana Takut Banyak Dosa, Fikir Fasal Anak Selepas Tiada

December 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fynn Jamal

Sesi soal jawab atau ‘Q & A’ yang dilakukan penyanyi Fynn Jamal di Instagram Story miliknya mencuri perhatian selepas seorang pengikut mendoakan usianya dipanjangkan.

Artikel Berkaitan: Sanggup Bersesak Mandi Air Terjun, Fynn Jamal Tanya Mana ‘Common Sense’ – ‘Kalau Kena PKP Balik Tau Pula Mengamuk’

Artikel Berkaitan: Selepas Teruk Dihentam, Fynn Jamal Nekad ‘Resign’ Beri Bantuan

‘Tak minat hidup lama’

Fynn Jamal

Menerusi sesi tersebut, seorang pengikut mendoakan Fyn agar dipanjangkan usia agar dia boleh menjaga dan mendidik anaknya, Bakti Arjuna Fitri.

Semoga kak Fyn panjang umur boleh jaga Arjuna sampai bila-bila.

Membalas kepada ucapan tersebut, Fyn bagaimanapun berkata dia meminta dari Allah agar diselamatkan dari usia tua.

Menurutnya, dia tidak berminat untuk hidup lama kerana dikhuatiri semakin banyak dosa yang akan dilakukan.

Tapi akak minta Allah selamatkan akak dari usia tua. Akak tak minat hidup lama-lama, lagi banyak dosa nanti.

Cumanya, selagi Arjuna hidup, rasa risau nak ajal dan maut. Harap-harap Allah ambil Arjuna lekas-lekas.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×