berita

‘Tak Payah Jadi Pembela Agama & Bangsa Guna Kuasa Viral’ – Kaunselor Mohon Caprice Berhenti Buka Aib Orang

October 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar memberi teguran kepada penyanyi rap, Caprice agar tidak membuka aib orang lain di media sosial.

Artikel berkaitan: ‘Tak Payah Panaskan Isu Ni’ – Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice

Artikel berkaitan: Panas! Caprice Dedah Ada PU ‘Mengorat’ Wanita Di IG Guna Alasan Sebab Mimpi, Ajak Video Call Tengah Malam

Dunia akhir zaman

Menerusi video berdurasi 0:56 saat, Mokhtar meminta Caprice untuk berhenti mencari kesalahan orang lain. Tambahnya, perbuatan memviralkan aib orang lain merupakan perbuatan yang tidak baik dan dimarahi Rasulullah. Ujar Mokhtar lagi, dia tidak membela mana-mana pihak.

Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu MasyAllah. Ni pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah.

Menurut Mokhtar lagi, seandainya perkara yang diviralkan itu tidak betul, maka ia menimbulkan dosa dan fitnah.

Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia. Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati.

Video

@crhjmokhtar

VIRAL KASI CAPRICE…. #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fyp?

? original sound – Kaunselor HjMokhtar (AyahHj) – Kaunselor HjMokhtar (AyahHj)

Sumber: Haji Mokhtar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×