berita

‘Tak Real Pakai Tudung Dalam Bilik Tidur’ – Azhar Sulaiman Saran Pengarah Jangan Buat ‘Screenplay’ Babak Suami Isteri Atas Katil

February 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Azhar Sulaiman dilihat memberi saranan kepada pengarah dan penulis skrip berkenaan babak atas katil melibatkan pelakon wanita yang bertudung.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Guna Gelaran ‘Mami’ Di Media Sosial, Ini Respons Azhar Sulaiman Selepas Dilabel Pondan

Tidak relevan dan logik

Memuat naik foto Nabila Razali dan Aedy Ashraf sebagai contoh dalam sebuah drama yang disiarkan baru-baru ini, Azhar berkata tidak relevan dan logik untuk watak seorang isteri memakai tudung tatkala duduk di atas katil bersama suami.

Realiti kehidupan dalam drama. Kepada penulis dan pengarah, kalau pelakon utama you memakai tudung contohnya seperti dalam photo dikepilkan ni Mami ingin menyarankan untuk tidak membuat screenplay suami dan isteri duduk di atas katil dan berbual begini.

Tak real dan mencacatkan jalan cerita. Buat macam cerita orang putih. Contoh, isteru baru masuk bilik ke, isteri baru siap pakai tudung ke. Babak berborak sebelum tidur cuba elakkan okay. Tak real pakai tudung dalam bilik tidur. Be creative in your screenplay okay geng!

Di samping itu, Azhar turut memberi idea bagi mencantikkan babak sebegitu dengan cara yang lebih kreatif.

Sumber: Azhar Sulaiman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×