berita

‘Tak Sedar Lahir Dekat Malaysia’ – Netizen Bengang Lebihkan Negara Luar, Lana Nordin Pesan Jangan Tengok Kalau ‘Koyak’

November 16th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Umum tahu pelakon Lana Nordin dan keluarganya bahagia di Amerika Syarikat (AS). Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang tidak berpuas hati dengan Lana lalu menganggu ketenteraman aktres itu.

Artikel Berkaitan: ‘Buat Masa Sekarang Aku Pilih Hujan Emas’ – Lana Nordin Seronok Bebas Tanpa Diskriminasi Di USA, Netizen Pula Tak Senang Duduk

Tak sedar diri lahir kat Malaysia

Lana, 41, di Instagram Stories memuat naik tangkapan skrin (screenshot) komen daripada seorang pengguna wanita. Dalam kenyataan yang ditulis, wanita itu meminta Lana agar tidak menyamakan negara Malaysia dengan negeri Florida.

Selain itu, wanita terbabit sempat memberi peringatan kepada Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin agar tidak lupa diri ketika berada di negara luar.

Kau tu yang wake up Lana! Jangan nak samakan dengan Malaysia. Jangan nak bangga sangat la. Tak sedar diri lahir kat Malaysia, cuba banding-banding pula.

Kau tak payah balik sini lagi, terus tinggal di sana yang kau banggakan tu. Semak la orang macam kau ni. Terlebih sudu dari kuah pula.

Tak payah tengok kalau ‘koyak’

Menerusi hantaran yang berbeza, pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu menegaskan dia sekadar berkongsi situasi sebenar di tempat tinggalnya yang tidak mengamalkan tatacara operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari negeri Sarawak turut menasihati netizen yang tidak senang dengan kandungan dikongsikan agar berhenti mengikuti akaun media sosialnya.

Tegasnya, berhenti menjadi manusia hipokrit yang sekadar mengambil tahu perkembangan dirinya untuk mengutuk dan bercakap yang bukan-bukan.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie

SKIP THIS AD ×