Mungkin ramai masih mengingati insiden keracunan gas karbon monoksida yang menimpa empat orang gadis ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti di Pulau Pinang sekitar September 2020 yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Kongsi Kenangan Terakhir Arwah Adik & Rakan Di Pulau Jerejak.. Sedih!
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Berempat Kawan Baik’ – Pemandu Mengadu Sakit Kepala, Berhenti Rehat & Beli Makanan
Tak dinafikan, insiden tersebut memberi tamparan hebat buat salah seorang mangsa yang terselamat iaitu Nor Aqilah Mohd Safwan yang kehilangan kakak kembarnya dan dua sahabat karibnya dalam sekelip mata.
‘Tak ada rasa mengantuk ke apa pun’
Aqilah bersama kakak kembar dan dua rakan
Baru-baru ini, Nor Aqilah Mohd Safwan yang merindui tiga insan penting dalam hidupnya ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan koleksi gambar-gambar kenangan bersama arwah kakak kembar, Adilah dan dua rakannya iaitu Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie.
Mengimbau kembali detik hitam yang menimpa dirinya dua tahun lalu, Aqilah menjelaskan bahawa mereka berempat sebenarnya tidak melelapkan mata seperti yang didakwa sebelum ini. Sebaliknya, mereka hanya singgah sebentar di stesen minyak tersebut untuk membeli minuman dan makanan sahaja.
Kami on the way balik ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 8 malam macam tu. Sampai dekat Shell sama gagah dalam pukul 8.40 malam. Sahabat aya, Fariesha dan Ayuni turun untuk beli makan dan minum sebab lapar. Tak ada rasa mengantuk ke apa pun.
‘Seminggu dekat ICU tak tahu apa-apa’
Aqilah
Bercerita dengan lebih lanjut, Aqilah memaklumkan dia kemudian keluar untuk membantu dua rakannya membawa makanan yang dibeli sementara kakaknya, Adilah berada bersendirian di dalam kereta berkenaan. Mereka berempat kemudian berkumpul di dalam kereta malah mereka sempat berbual. Dakwa Aqilah lagi, pada ketika itu, tiada seorang pun yang tertidur.
Start sampai tu kakak (pemandu) dah start rasa pening. Disebabkan tak cukup tangan nak bawa barang, saya pun turun. Lepas ambil makanan, terus masuk kereta untuk makan. And then kitaorang ada borak kejap. Time tu saya rasa pening yang terlampau sangat, saya letak makanan dan terus bersandar.
Bagaimanapun, Aqilah mendakwa dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan hanya tersedar selepas seminggu menerima rawatan di hospital. Jelasnya lagi, dia langsung tidak tahu mengenai insiden itu sehinggalah dia dimaklumkan oleh ibu bapanya.
Lepas tu terus tak sedar, bangun buka mata je dah ada dekat katil hospital. Seminggu dekat ICU memang tak tahu apa-apa. Turun wad biasa, parents beritahu tentang kejadian. Ada yang tanya punca kejadian. Menurut forensik, ada gas bocor cuma kami tak perasan sebab tak ada bau dan tanda-tanda.
Aqilah mengakui redha dengan takdir dan ketentuan yang ditetapkan Allah SWT buat dirinya.
Video
Sumber: Qillmyname