berita

Takut Berhadapan Orang Ramai? Anda Mungkin Hidap Social Anxiety Disorder (SAD)

December 13th, 2018 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Perasaan malu mungkin kedengaran normal bagi kita kerana ia adalah fitrah manusia, tetapi pernahkah anda berasa terlalu malu hingga wajah anda berubah merah seakan buah tomato?

Jika anda berasa malu di khalayak ramai, walaupun perkara yang anda lakukan itu tidak memalukan seperti memberi ucapan atau membuat pembentangan, anda mungkin mempunyai penyakit malu patologikal.

Social Anxiety Disorder (SAD)

Malu patologikal adalah satu masalah psikologi berkait rapat dengan masalah Social Anxiety Disorder (SAD) atau dalam bahasa mudah dipanggil sebagai Gangguan Kebimbangan Sosial. SAD juga dikenali dengan nama fobia sosial atau social phobia.

Individu yang menghadapi masalah ini mudah berasa takut berdepan dengan orang sekeliling. Mereka rasa seperti melakukan perkara memalukan di hadapan orang lain dan secara spontan muka akan berubah merah.

Penghidap penyakit ini akan berasa segan dan nervous untuk berinteraksi kerana risau orang lain mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka. Penyakit ini boleh menjadi kronik jika tidak dirawat melalui kaunseling dan terapi yang berkenaan.

Antara simptom penyakit ini termasuklah rasa takut berterusan di khalayak ramai lebih enam bulan serta rasa bimbang yang melampau hingga mengganggu hidupan seharian individu.

Gejala berbeza ikut situasi

Social Anxiety Disorder berpunca daripada:

  • Genetik
  • Pengalaman masa lampau
    – Penderaan emosi dan fizikal
    – Sikap ibu bapa yang kuat control
    – Buli
  • Amygdala (satu bahagian otak yang mengawal respon ketakutan) bertindak terlebih aktif daripada normal

Gejala bagi masalah ini mungkin berbeza mengikut situasi, maka akan timbul reaksi yang berlainan daripada individu yang mengalaminya. Jika individu tidak dapat mengawal perasaan malunya, bermaksud situasi itu parah.

Rawatan malu patologikal

Jika anda atau orang terdekat menghidapi penyakit malu patologikal, jangan risau kerana ada rawatan untuk penyakit ini iaitu:

1. Rawatan Psikologi

• Terapi tingkah laku kognitif seperti latihan kemahiran sosial

Interpersonal psychotherapy (IPT)

Rawatan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu:

  • Fasa pertama: Pesakit harus melihat penyakit ini boleh dirawat dan bukan satu kelemahan diri.
  • Fasa kedua: Ahli terapi bekerjasama dengan pesakit untuk kenalpasti punca dan memberi galakan supaya pesakit membina hubungan sosial dengan orang lain.
  • Fasa ketiga: Menilai sejauh mana peekembangan terapi. Bersedia untuk hadapi cabaran dunia sebenar.

2. Rawatan Terapi Ubat

• Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRI) seperti escitalopram

Jadi kepada individu yang mempunyai masalah seperti ini, jangan putus asa dan cubalah cari inisiatif untuk mengawal penyakit ini sepenuhnya.

Sumber: KKMPutrajayaEdiagnosa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×