berita

Terima Komen Suruh Isteri Belajar Masak, Dr Say Cakap Ada Cara Lain Untuk Tambah Rasa Sayang – ‘Terduduk Saya Sebab Ingat Tahun 1992 Je Orang Fikir Gitu’

January 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sering mengupas berbagai topik di Instagram (IG), doktor selebriti, Dr Say juga tidak terlupa untuk berkongsi tentang isteri tercinta, Dr Azura dan dua anak lelaki mereka yang berusia hampir tiga tahun dan lima bulan.

Artikel Berkaitan: Bersalin Secara Caesar Dipandang Jelek, Dr Say Minta Ubah Pemikiran – ‘Ada Yang Sebulan Terlantar Akibat Kesakitan’

Suruh isteri belajar masak

Menerusi hantaran terbaru, Dr Say mendedahkan dia menerima komen yang menyarankan supaya isterinya belajar memasak demi kebahagiaan rumah tangga.

Menurut Dr Say, dia tidak menyangka di tahun 2022 ini masih ada segelintir individu yang berfikiran sebegitu.

Baru-baru ini saya dapat komen berbunyi begini ‘Dr Say suruh lah Dr Azu (Dr Azura) belajar masak, mesti nanti lagi sayang’. Terduduk saya dibuatnya sebab ingat tahun 1992 je orang fikir gitu, tak sangka 2022 masih lagi ada komen sebegitu.

FYI (buat pengetahuan anda sekalian), bini saya pandai je masak. Nasi ayam, nasi lemak, mee goreng, ikan stim you name it, she can cook it. Cuma saya yang suruh dia tak payah masak.

Kenapa? Bini saya bekerja sebagai doktor dan pada masa sama ambil Masters. Saya tengok dia berhempas pulas dan stres. Maka logik akal sebagai seorang manusia dan suami, adakah saya nak suruh dia masak lepas susah-susah semua tu? Semestinya tak.

Kalau dia ada free time dia masak je untuk saya. Dia masak saya okay, dia tak masak pun saya okay.

Dalam agama tak syaratkan

Biar pun ada pepatah mengatakan ‘air tangan isteri mengikat hati suami’, dia berpendapat banyak lagi cara lain boleh dilakukan untuk menyerikan hubungan.

Dalam pada itu, Dr Say turut menekankan dalam Islam tidak mewajibkan tugas isteri adalah memasak selain menganggap tidak relevan untuk mempraktikkan memandang rata-rata wanita kini bekerjaya.

Tapi kalau isteri masak pasti suami lagi sayang. Ada banyak lagi cara lain seorang isteri boleh membuatkan suaminya menyayanginya. Saya happy sangat dah kalau wife always around physically dan emotionally.

Nak ajak dia lepak shopping atau tengok movie, dia ada. Nak ajak dia brain storm topik-topik Instagram saya, dia ada. Dia tolong jaga anak masa saya tengah karang cerpen ni pun saya bersyukur sangat dah.

In a nutshell, dalam agama takda menyatakan bahawa tugas isteri adalah untuk masak. Zaman sekarang ramai isteri yang bekerjaya. Sekarang ada Foodpanda, GrabFood make use of that.

Jadi, janganlah rigid sangat dalam perkara ni yang penting makan sekali sebagai satu family dah memadai.

Sumber: Instagram @say_shazril

SKIP THIS AD ×