berita

Teringin nak makan durian? Ini hidangan pencuci mulut yang korang patut cuba!

December 23rd, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Berita gembira untuk semua peminat durian! Domino’s kini membawakan semula pencuci mulut yang paling ditunggu-tunggu ramai, Durian Lava Cake ke dalam menu mereka!

Yeayy! Disebabkan Durian Lava Cake mendapat sambutan baik ketika ia pertama kali dijual pada April tahun ini serta bagi meraikan our love for durians! Domino’s tampil membawakan Durian Lava Cake sekali lagi walaupun bukan pada musim durian untuk memenuhi craving korang! Hidangan pencuci mulut ini dijamin mampu memenuhi ekspetasi konsumer dari segi kualiti dan juga rasa.

 

Setelah mencuba sendiri Durian Lava Cake, kami faham kenapa ramai yang tak sabar menunggu ia membuat kemunculan semula. Kek keperangan yang rangup di bahagian keliling dengan kehangatan lava durian yang mengalir keluar pada setiap gigitan. Sekali suap je, mesti nak lagi!

  

Rasa durian yang tak terlalu kuat menjadikannya hidangan pencuci mulut paling sesuai untuk dinikmati bersama teman-teman dan juga keluarga. Walaupun korang bukan peminat durian, apa kata cuba dulu Durian Lava Cake dari Domino’s ni, percayalah rasanya just nice, tak muak atau terlalu manis.

Kami sarankan korang untuk nikmati Durian Lava cake ketika ianya masih panas untuk kepuasan yang maksimum.

Tersedia untuk waktu terhad saja!

Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri kenikmatan Durian Lava Cake kerana ianya tersedia untuk sementara waktu saja bermula baru baru ini.. Nanti kalau dah habis rugi geng! Ianya boleh didapati di mana-mana cawangan Domino’s berhampiran korang takpun pesan je melalui khidmat penghantaran mereka di sini, mudah dan cepat!

Dalam masa kurang daripada 30 minit, pesanan korang akan sampai terus ke pintu rumah. Kalau pesanan tersebut mengambil masa lebih daripada setengah jam, Domino’s akan belanja satu regular pizza untuk pesanan korang yang seterusnya :)

Apa kata order pizza sekali dan upgrade ke Durian Lava Cake dengan dari RM4.90!

Alang-alang korang nak order Durian Lava Cake, apa kata korang pesan pizza sekali. Sebab sekarang ada promo Everyday Value’ beli satu, percuma dua! Untuk setiap pesanan pizza bersaiz regular, large atau Xtra large korang akan dapat diantara satu lagi pizza bersaiz regular dan hidangan roti pilihan atau Banana Kaya dan Cheesy Stix atau Crazy Chicken Crunchies dan Chocolate Lava Cake

Antara pilihan yang menanti korang menerusi promo ‘Everyday Value’

1. Promo Beli 1 Percuma 2 ‘My,Myself and I’

  • Upgrade Chocolate Lava Cake kepada Durian Lava Cake dengan hanya RM4.90

2. Promo Beli 1 Percuma 2 ‘Geng’

  • Upgrade pilihan roti korang kepada Durian Lava Cake dengan hanya RM7.90

2.  Promo Beli 1 Percuma 2 ‘Aku & Dia’

  • Upgrade Banana Kaya korang kepada Durian Lava Cake dengan hanya RM7.90

       

Keliru pilihan roti yang mana nak ditukarkan dengan Durian Lava Cake? Jangan risau korang boleh add on je Durian Lava Cake dengan harga RM12.90! Sementara pembelian secara ala-carte pula berharga RM13.90

Haa apa tunggu lagi guys? Team kitorang pun nak order lagi Durian Lava Cake sebab rasa durian D24 tu memang bikin teringat-ingat sampai sekarang. Power betul!

Untuk lebih banyak promosi terbaru dari Domino’s, korang boleh lawati laman web rasmi mereka di sini ataupun akaun Facebook rasmi mereka. Selamat mencuba!

#DominosMY
#DurianLavaCake
#CravingSatisfied
#ItsAllAboutYou

SKIP THIS AD ×