berita

Tersenarai 10 Penceramah Bakal ‘Digam’ Tahun Depan, Ini Respon Ustaz Kazim Elias & PU Syed

December 14th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru tular dokumen senarai penceramah yang didakwa bakal digam daripada muncul di kaca TV mahupun stesen radio bermula tahun depan. Antara penceramah tersebut ialah Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, PU Amin dan Pu Syed.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim Elias dan PU Syed tampil memberi respon terhadap isu ini.

Ambe tak kisah kalau disekat

Keratan foto ini telah dimuatnaik PU Syed menerusi Instagram rasminya. Dia menyifatkan zaman moden kini terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk berdakwah. Tidak akan ada usaha yang mampu menghalang dakwah agama kepada masyarakat.

Ambe tak kisah jika disekat untuk ke udara di TV atau Radio milik Kerajaan atau Swasta. Zaman le ni siaran langsung kita buleh buat sendiri.. Bila-bila masa dan dimana jua.. Kenapa nak bersedih? Relaks saje.. Ambe disekat kerana tegur Kerajaan. Jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai. Maka ambe sejak zaman BN ambe akan tegur jika salah, dan ambe tak takut! Mungkin mereka tak tahu bahawa Ujian terhadap usaha dakwah para Anbiya lagi dahsyat sehingga ada yang dibunuh oleh kaumnya.. Jadi apa yg berlaku ini hanya kemuncup yg melekat dan boleh dibuang begitu sahaja.

Lepas ni nak buat kerja apa ye?

Sementara itu, penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan perasaan sedihnya atas perkhabaran itu di laman Facebook.

Dengor khabarnya teman dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di TV dan radio. Sedihnya, nak nangis pula rasanya. Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji dakwah jalan terus yang sedihnya bagi yang menyekat itu, apa lah nak dijawab di hadapan ALLAH SWT apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah ALLAH. Lepas ini nak buat kerja apa ya? LGBT ok ke?

Ini bukan isu baru

https://www.instagram.com/p/BrWil9qhTrL/

Bagaimanapun, PU Syed telah memberi respon terhadap perkara ini. Dia juga menjelaskan isu ini adalah isu lama sejak pemerintahan kerajaan dahulu lagi namun tidak dihebahkan kepada umum.

Sumber: Sinar, PU Syed

SKIP THIS AD ×