Lagi beberapa minggu saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya. Korang mesti dah plan nak beli persiapan raya. Betul tak?
Menerusi Twitter Faiz Bahruddin, lelaki itu kongsi kisahnya yang sudah merancang untuk membeli persiapan raya menggunakan lebihan bayaran wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Namun, hasratnya terbantut apabila wang yang bakal diterima tidak seperti yang dijangkakan. Sumpah lawak!
Terima email daripada PTPTN
Menurut Faiz, dia telah menerima email daripada PTPTN yang memaklumkan bahawa terdapat lebihan bayaran pinjaman. Dia perlu melengkapkan sebuah permohonan semula bagi membuat tuntutan tersebut.
Alhamdulillah rezeki!
Berita gembira yang diterima itu dianggap sebagai rezeki buat dirinya.
Nak beli kasut, baju dan seluar baru
Memandangkan musim perayaan bakal tiba, dia berhasrat untuk membeli baju, seluar dan kasut baru. Namun, perasaan curiga mengenai lebihan bayaran itu muncul. Dia segera menghubungi pihak PTPTN menerusi Twitter.
Berapa lama proses
Melalui dm tersebut, dia bertanyakan soal jangka masa proses pembayaran semula dilakukan. Ternyata maklum balas daripada pihak PTPTN sangat pantas.
Soalan penting
Soalan berkaitan berapa baki pemulangan turut ditanyakan. Jawapan yang diberikan oleh PTPTN sangat mengejutkan lelaki tersebut kerana baki pemulangannya bernilai RM0.01 sahaja. Impian untuk membeli belah ternyata terbantut apabila mendapat tahu jumlah tersebut.
Mesti tersenyum moderator yang tulis tu
Aku faham perasaan itu
Rata-rata netizen terhibur dan bersimpati terhadap situasi yang dialami oleh Faiz.
Sumber: Faiz Bahruddin