berita

[VIDEO] ‘Aku Kahwin Dengan Lelaki Gila Sek* Ke, Tengah Period Pun Nak’ – Isteri Trauma ‘Layan’ Suami

June 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mendedahkan suaminya pernah meminta untuk melakukan hubungan seksual walaupun ketika dia sedang sakit.

Artikel Berkaitan: Ahli Politik Didakwa Paksa Isteri Kedua Lakukan Seks, Pukul & Pijak Ketika Hamil

Artikel Berkaitan: Suami Paksa Buat Seks Songsang, Isteri Nekad Lapor Polis

Minta ‘bersama’ semasa sakit

Tangkap layar temu bual

Menerusi satu temu bual yang dimuat naik di TikTok, wanita itu menjelaskan bahawa pada awalnya dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masih belum dikurniakan cahaya mata selepas empat tahun berkahwin.

Empat tahun perkahwinan kami tiada anak, masa itu kami pergi buat pemeriksaan. Kami dapat tahu bahawa rahim saya tidak sihat.

Jadi masa itu, ada prosedur dia buat, ada biopsi dan mereka keluarkan polype supaya saya perlu ditidurkan sepenuhnya..seperti pembedahan.

Wanita tersebut mengalami rasa sakit kesan selepas menjalani pemeriksaan tersebut, namun suaminya tetap berkeras mahu melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, dia menolak permintaan tersebut tetapi setelah itu suaminya mula bersikap dingin.

Bila balik dari hospital saya tak larat nak buat kerja, saya sakit pada bahagaian ‘bawah’ ini, macam orang baru lepas beranak. Tapi dia nak saya jalankan tanggungjawab itu. Tanggugjawab apa? Kalau boleh dia nak saya masak, masak yang ringan saya boleh tapi kalau masak berat, mak saya sendiri tak bagi.

Tapi benda yang paling besar dia nak ‘bersama’. Aku tengah trauma ni, dekat hospital doktor ‘korek’ macam-macam..kau nak bersama?

Saya tolak, tapi bila saya menolak dia buat muka. Tetapi saya cuba untuk tak bagi juga.

‘Tengah datang bulan pun nak..’

Gambar sekadar hiasan

Lebih parah lagi, wanita tersebut mendedahkan suaminya masih meminta dia memberikan nafkah batin walaupun sedang mengalami rasa sakit yang teruk sehingga perlu dimasukkan semula ke hospital. Malah suami yang disifatkan ‘gila seks’ itu pernah meminta untuk bersama ketika dia sedang haid.

Saya pergi kemas semua itu, saya bercangkung lama sampai saya sakit dan masuk hospital semula. Tetapi selepas dua tiga hari keluar dari hospital dia minta lagi. Saya rasa macam ‘aku ini berkahwin dengan lelaki gila seks ke?’

Sejujurnya sepanjang perkahwinan, kalau saya tolak adalah benda yang tak kena. Tiba-tiba macam nak marah, macam nak baran, kadang-kadang tengah ‘datang bulan’ pun dia nak.

Tapi saya tak tahu kenapa saya boleh bertahan dan akhirnya saya bagi juga. Sakit tak payah cakap, saya rela tak rela..saya bagi sebab saya tak nak bergaduh.

Dalam pada itu, dia turut menasihati agar sesiapa sahaja yang berdepan dengan perhubungan toksik dalam perkahwinan untuk berani tampil melaporkan kepada pihak berkuasa.

Pada tahun keempat, saya nak keluar baru saya rasa yang benda-benda inilah yang berkumpul dalam perkahwinan saya yang saya tak bahagia. Selama ini saya bagi pada dia..tak rela.

Untuk yang diluar sana yang dalam ‘toxic relationship’ yang paling penting, untuk yang di dalam ‘abusive relationship’, yang kena pukul, kena pijak..sila laporkan kepada polis, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau hubungi talian Kasih 15999.

@niellshaffofficial

#andaiitutakdirnya #toxicrelationship #abusiverelationship #luahanhati #wanitahebat #taliankasih15999 #policereport #discover #originalsound #masukberanda #trauma #konflik #viral #fyp #vidoe #relationship #tocixpeople #help #meme #tiktoker #foryoupage #depresion

? original sound – Niell Shaff Official ? – Niell Shaff Official ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×