berita

[VIDEO] AZ Pemurah Kekal Sorok Identiti, Bimbang Wujud Perasaan Riak & Takbur – ‘Cukuplah Tuhan Tahu Niat’

November 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

AZ PEMURAH

Biarpun sudah beberapa kali menerima asakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh, AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

Cukup Tuhan tahu

@azpemurah Ya Allah berikanlah kekuatan utk ku terus melangkah ??#azpemurah #doaaz #tiktokmalaysia #fyp #malaysia ? original sound – Az Pemurah ??????

Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.

Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza.

Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, baru-baru ini.

Tiada komen kecaman

AZ PEMURAH

Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali.

Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.

Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.

InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang.

Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.

Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.

Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×