berita

Siti Nurhaliza Muat Naik Foto Aafiyah Sempena Birthday, Peminat Komen ‘Persis Tokti Di Awal Kemunculan’

March 19th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menunggu 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Diam tak diam, hari ini 19 Mac 2024, genap enam tahun ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah Khalid. Happy Birthday!

Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang’ – Siti Nurhaliza

Doa ibu

Menerusi sebuah posting di Instagram, Siti memuat naik sekeping foto Aafiyah yang kini berusia enam tahun berserta kapsyen yang indah buat puterinya itu.

Alhamdullillah, 6 tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid. Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. 11 tahun menantimu. MasyaAllah, Tabarakallah.

Doa ibu Aafiyah menjadi anak solehah yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus ah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Siti turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Aafiyah.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×