berita

Buntu Fikir Cara Untuk Membeli Rumah Pertama? Jom Tengok Penerangan Terperinci Dalam Video Ni!

August 18th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Semua orang mengimpikan untuk memiliki rumah mereka sendiri. Bila dah ada rumah sendiri ni boleh la kita deco-deco mengikut citarasa kita sendiri.

Tapi sebenarnya masih ramai lagi yang tak tahu langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah pertama sampai lama-lama terus tak beli atau tersilap langkah.

Video dibawah ni ada menerangkan secara terperinci peruntukan serta cara untuk memiliki rumah pertama melalui SJKP atau lebih dikenali sebagai Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dibawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan)!

Ha dah tonton sampai habis ke belum tu?

Ingat tak apa langkah yang Zubaidi lakukan bagi memohon dibawah SJKP? Jom admin listkan!

Korang nanti save je video dekat atas tu dalam telefon, mudah nak rujuk. Tapi admin tolong senaraikan di bawah sebijik-sebijik apa yang Zubadi lakukan apabila beliau ingin memiliki rumah pertama melaui SJKP.

Langkah-langkahnya ialah:

  1. Pilih rumah yang korang inginkan sama ada rumah baru, rumah sedia ada atau rumah lelong
  2. Pastikan korang tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan 
  3. Pastikan juga korang tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam masa 12 bulan
  4. Sediakan dokumen lengkap seperti:
    1. Dokumen pendapatan seperti penyata bank selama 6 bulan,penyata cukai pendapatan, surat pengesahan pendapatan, bukti pendapatan yang lain
    2. Dokumen tambahan seperti Kad Pengenalan, surat pengesahan pekerjaan, surat perniagaan/permit teksi/e-hailing, surat pengesahan bekerja sendiri yang telah disahkan
  5. Pergi ke bank yang bekerjasama dengan SKJP dan pihak bank akan memproses dokumen tersebut.

Alamak, tak cukup duit muka? Ha, dekat sinilah SJKP memainkan peranan!

Kedua-dua amaun untuk perlindungan rumah dan yuran guaman, SJKP akan cover 100% jaminan perlindungan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang mereka di https://www.sjkp.com.my/! Jom dapatkan rumah impian korang hari ini!

*Mortage Reducing Term Assurance

*Long Term House Owner

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×